Salam ziarah buat semua sahabat-sahabat seperjuangan. Moga-moga dengan sedikit perkongsian ini, akan mengeratkan lagi ukhuwah kita. InsyaALLAH.Jiwa umat Islam tidak harus kecewa menyaksikan kekalahan. Biarkan kekalahan menjadi penggerak perjuangan, bukan kemenangan yang kita hendak, tapi kebenaran yang kita tuntut.

Thursday, January 21, 2010

Satu Cinta


Satu Cinta
Album : Satu Cinta


Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Engkau satu cinta
Yang selamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan.......

Oh Tuhan .... selamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan .... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

***best lagu ni...boleh dengarlh yer

Baca Seterusnya...

Monday, January 18, 2010

Iman Cuti!!!




Duk belek-belek emel lama, terjupe artikel ni...best jgk..

Iman : Assalamualaikum, bos


Diri : Waalaikumussalam wbt.lama tak nampak awak.Awak cuti ker?


Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..

Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan kau takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.VCD,SMS,TV..jadi kami rasa terpinggir

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit saya habis...entah ar


Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al Quran, Zikir, ma'thurat, solat Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta kau bercuti


Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya lihat mereka buat tuan gembira..


Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!!Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali

Iman ; Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang-kadang mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...

Diri : Maafkan aku. kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga,En Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?


Diri : Janganlah menyalahkan saya.

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tp kami tidak suka cara mereka bekerja. mereka meminggirkan kami.

Diri : Dah awak tak melawan?


Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan.Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. salahkah kami meminta yg sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi.Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka.Siapalah kami..


Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya


Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-minta dari tuan.Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami


Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya.Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh..saya rimas


Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami tuan..kami minta diri dulu..tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami maafkan tuan..


Diri : Jangan pergi..saya sanggup pecat En Dosa..dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan, dan sbagainya


Iman : Tuan betul-betul sanggup?Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang..Tak tenang,management berterabur..
Iman : Alhamdulillah..kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar..Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi

Diri : Terima kasih..=)Panggillah ajk kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah En ma'thurat, En Zikir, En Solat,dan semua ahli jabatan kamu ya?


Iman : Alhamdulillah.Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya

Diri : Terima kasih pegawai kewanganku ..


******Sekadar analogi mudah.. Begitulah diri kita.. Kitalah bos dalam syarikat kita.Jabatan dalam diri kita hanya ada dua. Jabatan Iman dan jabatan dosa.Kitalah yang perlu mengurus sebaik mungkin pekerja-pekerja kita. Memang susah untuk kita memenuhi setiap kehendak pekerja kita, memang susah untuk memastikan pekerja kita berbaik..Kerana anatara iman dan yang dosa tidak mungkin bercampur.Bagai air sungai yang jernih, dimasukkan ke dalam gelas, segar dan nyaman air itu.. Namun apabila bercampur dengan lumut, selut dan kekotoran lain, maka begitu sukarlah unutk mebersihkan kembali.Begitu juga dengan pekerja kita, andai terlalu 'diternak' satu jabatan, maka jabatan lain akan terpinggir.

Baca Seterusnya...

Friday, January 15, 2010

Semalam Bersama Masjid


JOM IMARAHKAN RUMAH ALLAH!!!SELAGI KITA MASIH BERPELUANG!!!
INSYAALLAH

Baca Seterusnya...

Tuesday, January 12, 2010

Salah ke buat kerja amal???



“Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
(Al-Baqarah 2: 148)

Berusaha melakukan kebajikan dan tolong-menolong adalah perkara yang digalakkan dalam islam. Perintah berlumba-lumba dalam kebajikan merupakan perintah tambahan bagi melaksanakan kebajikan. Umat Islam seharusnya berlumba-lumba dalam mengerjakan perintah tersebut dengan sesempurna mungkin dan melaksanakannya dalam segala keadaan dan bersegera kepada-Nya. Firman Allah s.w.t yang bermaksud

“ Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa ( maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.”
( Surah Al-Ma’idah : 2 )

Banyak perkara kebajikan yang boleh dilakukan antaranya ialah membantu derma untuk anak yatim, membantu mangsa bencana, dan pelbagai lagi. Namun dalam mana mengerjakan kerja amal tersebut, terdapat satu perkara penting yang perlu diambil perhatian iaitu keikhlasan hati. Hati yang ikhlas tanpa mengharap sebarang penghargaan, akan mendapat keredhaan dan rahmat Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t dalam Surah Fathir yang bermaksud;

“sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan sembagyang serta mendermakan daripada apa yang kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka ( dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka daripada limpah kurniaNya. Sesugguhnya Allah Maha Pengampun lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya ( akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya ).”
( Surah Fathir : 29-30 )

Namun dalam mana kita sibuk mengerjakan kerja amal, hendaklah dipastikan supaya derma yang dikutip itu diperolehi dari sumber yang halal. Sumber yang halal merupakan satu aspek yang cukup-cukup penting. Kehalalan suatu sumber itu menjamin kerahmatan daripada Allah dan mengelakkan kemurkaanNya. Baginda s.a.w telah bersabda yang bermaksud;

“sesungguhnya Allah Ta’ala itu baik, Dia tidak terima melainkan yang baik.”
( Hadis Riwayat Muslim )

Perkataan ‘amal’ itu berasal daripada perkataan Arab iaitu yang bermaksud ‘perbuatan’ atau ‘kerja’ . perkataan ini akhirnya lumrah digunakan dalam bahasa melayu yang memberi erti kerja-kerja kebajikan. Menurut kamus Dewan, amal itu diertikan sebagai perbuatan baik yang mendatangkan faedah kepada orang lain. Bersedekah ialah satu daripada amal kebajikan. Amal jariah pula diertikan sebagai perbuatan yang diredhai Allah untuk kepentingan atau faedah masyarakat seperti berderma, menolong orang dalam kesusahan dan lain-lain.

Daripada pengertian di atas, rata-rata masyarakat berfahaman bahawa apa jua kerja-kerja amal itu tersurat di dalamnya niat untuk mendapatkan ganjaran pahala daripada Allah s.w.t.Di akhir-akhir ini, telah timbul kecenderungan dan semangat yang tinggi daripada berbagai pihak yang ingin membuat kerja-kerja amal bagi menggalakkan orang ramai terlibat sama melakukannya. Berbagai aktiviti telah dirancang seperti larian amal, pertunjukan amal, nyayian amal,konsert amal dan sebagainya dengan harapan sumbangan kerja itu mendapat ganjaran pahala daripada Allah s.w.t.

Dalam membuat kerja amal, hendaklah dipastikan kerja amal tersebut tidak bercampur dengan perkara-perkara yang telah dilarang oleh syara’ dan bebas daripada perkara-perkara syubhah. Perkara kebajikan yang mempunyai unsur yang dilarang oleh Allah s.w.t akan membawa kepada kemurkaanNya walaupun objektif program tersebut untuk mengutip derma untuk orang didalam kesusahan. Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah yang bermaksud ;

“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah ( pada jalan Allah ) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah maha kaya lagi Maha Terpuji.”
(Surah al-baqarah :267)

Derma yang sebenar itu ialah dikeluarkan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah bukan kerana lain-lain atau perkara-perkara sampingan. Inilah konsep derma yang sebenar mengikut Islam. Firman Allah s.w.t yang bermaksud;

“Dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan daripada harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkannya.”
(Surah al-Baqarah : 272)

Moga-moga kita tergolong di dalam kalangan yang mengikut konsep derma yang sebenar dalam Islam. Insyaallah.

Sekadar perkongsian. Wallahu’alam.



Baca Seterusnya...

Sunday, January 3, 2010

Ciri-ciri Penting Daie


Menyeru manusia kepada Allah s.w.t adalah satu kemuliaan yang besar kepada pendukung dakwah.

Firman Allah yang bermaksud:

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah,
mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang
yang menyerah diri.” (Fushilat: 33)

Menyeru manusia kepada Allah s.w.t menghasilkan pahala dan ganjaran yang besar dan tidak ternilai sebagaimana pengakuan Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Jika Allah s.w.t memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik
bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari.” (Riwayat at-Tabrani)

Menyeru manusia kepada Allah s.w.t dan kepada jalan yang benar, adalah sebaik-baik urusan dan amat perlu diketengahkan, terutama di zaman ini yang berkecamuk dengan pelbagai kefahaman dan ideologi, trend semasa yang memperbodoh, menyesat dan menyelewengkan.

CIRI-CIRI PENTING DAIE

1. Pertama-tama, sebelum segala-galanya bermula, ikhlaskanlah niat kerana Allah Taala semata-mata. Tanpa keikhlasan, segala urusan akan runtuh dan musnah.

2. Menjiwai betapa besarnya tugas dan tanggungjawab yang dipikul. Dengan itu akan memberikan perhatian yang selayaknya dengan tugas tersebut dan dalam masa yang sama merasai ganjaran yang tidak ternilai menantinya.

3. Melaksanakan tugas dengan bijaksana, pandai memilih uslub (pendekatan), memberi tunjuk ajar dan menasihati yang baik serta berbincang dengan cara yang terbaik.

4. Hendaklah bersikap ramah mesra, mempermudahkan urusan dan memiliki akhlak yang baik. Semua ini dilakukan dengan sabar, lemah lembut (tidak cepat marah), mengharapkan pembalasan di sisi Allah hasil daripada rintangan yang dihadapi ketika melaksanakan kerja-kerja dakwah, dan menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w dan para daie yang mengikuti jejak langkah Baginda s.a.w.

5. Memahami selok belok cara hidup dan budaya masyarakat yang dia berkecimpung di dalamnya. Juga memahami aliran pemikiran dan isu-isu yang berlaku di dalam masyarakat, serta berusaha untuk mengenali dengan lebih mendalam mad’u yang didakwahnya.

6. Mempelajari dan mendalami sirah Rasulullah s.a.w dan sejarah Islam untuk dijadikan bekalan. Dia akan mendapati di dalamnya terdapat pelbagai bentuk penyelesaian masalah yang mampu membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Begitu juga dengan beberapa pendirian yang diambil oleh generasi muslimin yang pertama.

7. Menghafaz al-Quran sebanyak yang mampu untuk dijadikan dalil dalam kerja-kerja dakwahnya. Pendekatan melalui kisah-kisah yang terdapat di dalam al-Quran mempunyai kesan yang besar dalam jiwa.

8. Dalam setiap perbualan dan perbincangan, unsur akal (kefahaman dan logik) hendaklah dipandukan dengan unsur perasaan dan kejiwaan. Sesungguhnya membangkitkan unsur perasaan dan kejiwaan akan mempersiapkan akal untuk menerima apa yang disampaikan kepadanya dan meninggalkan kesan.

Dipetik dari Dakwah Fardhiah

Baca Seterusnya...
Related Posts with Thumbnails