Salam ziarah buat semua sahabat-sahabat seperjuangan. Moga-moga dengan sedikit perkongsian ini, akan mengeratkan lagi ukhuwah kita. InsyaALLAH.Jiwa umat Islam tidak harus kecewa menyaksikan kekalahan. Biarkan kekalahan menjadi penggerak perjuangan, bukan kemenangan yang kita hendak, tapi kebenaran yang kita tuntut.

Sunday, January 3, 2010

Ciri-ciri Penting Daie


Menyeru manusia kepada Allah s.w.t adalah satu kemuliaan yang besar kepada pendukung dakwah.

Firman Allah yang bermaksud:

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah,
mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang
yang menyerah diri.” (Fushilat: 33)

Menyeru manusia kepada Allah s.w.t menghasilkan pahala dan ganjaran yang besar dan tidak ternilai sebagaimana pengakuan Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Jika Allah s.w.t memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik
bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari.” (Riwayat at-Tabrani)

Menyeru manusia kepada Allah s.w.t dan kepada jalan yang benar, adalah sebaik-baik urusan dan amat perlu diketengahkan, terutama di zaman ini yang berkecamuk dengan pelbagai kefahaman dan ideologi, trend semasa yang memperbodoh, menyesat dan menyelewengkan.

CIRI-CIRI PENTING DAIE

1. Pertama-tama, sebelum segala-galanya bermula, ikhlaskanlah niat kerana Allah Taala semata-mata. Tanpa keikhlasan, segala urusan akan runtuh dan musnah.

2. Menjiwai betapa besarnya tugas dan tanggungjawab yang dipikul. Dengan itu akan memberikan perhatian yang selayaknya dengan tugas tersebut dan dalam masa yang sama merasai ganjaran yang tidak ternilai menantinya.

3. Melaksanakan tugas dengan bijaksana, pandai memilih uslub (pendekatan), memberi tunjuk ajar dan menasihati yang baik serta berbincang dengan cara yang terbaik.

4. Hendaklah bersikap ramah mesra, mempermudahkan urusan dan memiliki akhlak yang baik. Semua ini dilakukan dengan sabar, lemah lembut (tidak cepat marah), mengharapkan pembalasan di sisi Allah hasil daripada rintangan yang dihadapi ketika melaksanakan kerja-kerja dakwah, dan menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w dan para daie yang mengikuti jejak langkah Baginda s.a.w.

5. Memahami selok belok cara hidup dan budaya masyarakat yang dia berkecimpung di dalamnya. Juga memahami aliran pemikiran dan isu-isu yang berlaku di dalam masyarakat, serta berusaha untuk mengenali dengan lebih mendalam mad’u yang didakwahnya.

6. Mempelajari dan mendalami sirah Rasulullah s.a.w dan sejarah Islam untuk dijadikan bekalan. Dia akan mendapati di dalamnya terdapat pelbagai bentuk penyelesaian masalah yang mampu membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Begitu juga dengan beberapa pendirian yang diambil oleh generasi muslimin yang pertama.

7. Menghafaz al-Quran sebanyak yang mampu untuk dijadikan dalil dalam kerja-kerja dakwahnya. Pendekatan melalui kisah-kisah yang terdapat di dalam al-Quran mempunyai kesan yang besar dalam jiwa.

8. Dalam setiap perbualan dan perbincangan, unsur akal (kefahaman dan logik) hendaklah dipandukan dengan unsur perasaan dan kejiwaan. Sesungguhnya membangkitkan unsur perasaan dan kejiwaan akan mempersiapkan akal untuk menerima apa yang disampaikan kepadanya dan meninggalkan kesan.

Dipetik dari Dakwah Fardhiah

Baca Seterusnya...

Monday, December 14, 2009

"Siapa yang kamu marah?"


Seorang ahli sufi yang masyhur, Syaqiq Al Balkhi r.m telah membeli sebiji tembikai untuk isterinya. Si isteri begitu gembira menerima buah tembikai itu. Malangnya, apabila buah tembikai itu dibelah, ia dapati buah itu itu tidak elok. Lalu si isteri marah-marah kerana tidak mendapat buah seperti yang diharapkan.

“Kepada siapa engkau tujukan marah itu? Adakah kepada penjual, atau pembeli, atau penanam ataupun kepada Pencipta buah tembikai itu?”

Tanya Syaqiq kepada isterinya. “Wahai isteriku. Ketahuilah, si penjual itu tentu ingin agar jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Si pembeli pula, tentu ingin membeli yang terbaik saja. Manakala si penanam, kalau mampu sudah tentu dia ingin agar hasil tanamannya yang terbaik juga...

“Kini, nyatalah, bahawa marahmu itu ditujukan kepada Pencipta buah tembikai itu. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”
Baca Seterusnya...

Friday, December 11, 2009

Satu...dua...tiga...infiniti


Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNya, kita masih diberi peluang untuk hidup di atas muka bumiNya. Pelbagai nikmat Allah berikan kepada kita, namun sejauh manakah kita mensyukuri nikmat yang diberikan. Pesanan untuk diri-sendiri terutamanya. Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita selalu.

Kita diberikan penglihatan oleh Allah, tapi bagaimana kita gunakannya??? Kita diberi mulut oleh Allah, bagaimana kita gunakan???Tangan kita???Kaki kita???Akal kita??? Kesihatan kita???Nyawa kita??? Wahh!!!Begitu banyak nikmat yang Allah bagi sehingga tak terhitung oleh tangan kita.

Firman Allah s.w.t dalam Surah Ibrahim ayat 34 yang bermaksud.


Yang bermaksud: Dan Dia (Allah) mengurniakan kamu segala yang kamu minta dan sekiranya kamu (cuba) menghitung nikmat Allah nescaya kamu tidak akan mampu mengiranya. Sesungguhnya manusia itu benar-benar zalim dan mengingkari (nikmatku).

Di antara nikmat yang sering diabaikan manusia adalah kesihatan, sama ada kesihatan fizikal ataupun mental dan juga kelapangan masa. Kesihatan adalah nikmat yang membolehkan kita keluar bekerja, belajar dan beribadah. Tanpanya, kita mungkin hilang keupayaan mencari rezeki untuk menampung diri dan keluarga.
Rasulullah s.a.w. berpesan di dalam hadithnya,

Yang bermaksud: Dua nikmat yang tidak disedari oleh kebanyakan manusia, kesihatan dan kelapangan masa. (Riwayat al-Bukhari)

Sahabat-sahabat sekalian!
Di antara waktu-waktu yang kita miliki, ada waktu lapang, waktu senggang, atau waktu yang kosong dari kesibukan. Dan waktu luang ini merupakan kenikmatan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala yang mesti digunakan sebaik-baiknya sebagai tanda syukur kepada-Nya. Namun kenyataannya, kebanyakan dari kita lalai akan nikmat ini sehingga kita pun rugi. Barangkali kita semua menyedari bahawa waktu hidup kita di dunia memang hanya sebentar, tidak ada yang hidup kekal. Namun entah mengapa kita tidak boleh menjaga waktu dengan baik sehingga waktu berlalu sia-sia tanpa diisi dengan amal kebaikan. Mungkin kita tidak sedar yang masa lapang itu juga adalah nikmat.

Kini, mahasiswa/i diberikan masa lapang yang cukup banyak. Setelah 4 bulan menghabiskan masa di universiti, kita diberikan masa rehat yang panjang. Masa yang cukup untuk bersama keluarga, merangka perancangan untuk sem depan dan pelbagai kerja yg spatutnya kita lakukan sebagai mahasiswa khususnya sebagai seorang dae’i. Janganlah kita gunakan masa yang ada untuk tidur sahaja, main game dan makan daging (istilah glamer).

Rasulullah saw bersabda,“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara; tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya".
(Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita berusaha untuk menghabiskan masa kita dengan sebaik-baiknya. As-syahid Imam Hasan al-Banna menegaskan bahawa “Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada.” Peringatan buat diri. Wallahu’alam

Baca Seterusnya...

Saturday, November 28, 2009

Pahlawan Neraka

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.

Mendengar perkataan itu, Rasulullah s.a.w. pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Rasulullah s.a.w. sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas Baginda s.a.w. berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka." Menurut Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.

Baca Seterusnya...

Monday, November 16, 2009

Lucunya!

BEBERAPA KISAH LUCU BERIKTIBAR YANG PERLU KITA FIKIRKAN
-*****************************************************-
Ambillah sebagai pengajaran.........terkadang kita lupa diri kita
sebenarnya...apa yang kita nampak ialah keburukan orang lain


Lucu ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila
dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke
supermarket.

Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya
waktu itu untuk satu cerita komedi.

Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid,
tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton
wayang di panggung.

Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untuk
dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapa
mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan

Lucu ya, betapa seruan dan teriakan yang
perpanjangan waktu pertandingan pasukan bola jadi
kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam
solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan
panjang.

Lucu ya, susah sangat baca Al-Quran 1 juz saja,
tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100
halaman pun habis dilahap.

Lucu ya, orang-orang berebut paling depan untuk
menonton bola atau konsert, dan berebut cari saf
paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh
cepat keluar.

Lucu ya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu
sebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan
di agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner
atau high tea jadual kita boleh diubah sekelip mata.

Lucu ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,
tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip.

Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di
e-mail layang di internet, tapi kita sering mempertikaikan apa yang
dikatakan Al-Quran.

Lucu ya, semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus
beriman,berpikir,berbicara ataupun melakukan apa-apa.

Lucu ya, kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan
surat berantai lewat email, tapi bila mengirim yang
berkaitan dengan ibadah sering mesti berpikir dua-kali.

LUCU TAK?

Tepuk dada...tanyalah hati & iman

"Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang
mu'min bahwa sesungguhnya bagi mereka kurnia yang
besar dari Allah." (QS 33:47)

Baca Seterusnya...

Monday, November 9, 2009

Selamat Berjuang

Selamat Berjuang
Brothers

Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan

Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya

Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabaran

Bersama teman - teman
Harungi kehidupan
Oh indahnya o ooo

Berat rasanya
Didalam jiwa
Untuk melangkah
meninggalkan semua

Kasih dan cinta
Yang terbina
Diakan selamanya
O ooo

Selamat berjuang sahabatku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan wo uwo

Tetapi kuatur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman

Selamat berjuang sahabatku(sahabatku)
Semoga Allah berkatimu (berkatimu)
Kenangan indah bersamamu (bersamamu)
Takkan kubiar dia berlalu (ooooo)
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah (ingatlah) semua ikrar kita

O o ohooo ho o ohooo

*Di kesempatan ini, ana ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya dalam final exam kepada sahabat-sahabat sekalian. Mohon maaf atas segala salah silap =)
Baca Seterusnya...

Wednesday, October 28, 2009

Perancangan Dakwah

"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat)."
-Surah al-Hasyr;18-

Perancangan dakwah merupakan suatu perkara yang amat penting bagi kelancaran dakwah. Seorang dae'i seharusnya peka betapa pentingnya perancangan sebelum menjalankan kerja dakwah. Kerja dakwah yang tidak tersusun dan terancang, akan melambatkan untuk mencapai matlamat yang di idam-idamkan oleh setiap orang Islam.

Perancangan dakwah dapat didefinisikan sebagai proses menyatukan dan menjuruskan segala sumber organisasi yang terhad secara yang optimum untuk mencapai matlamat dakwah. Dalam proses ini, kita perlulah mengenal pasti matlamat yang ingin kita capai serta menyusun sumber-sumber, langkah-langkah dan tindakan-tindakan yang perlu kita ambil untuk mencapai matlamat tadi.Perancangan amat penting kerana sumber-sumber kita sentiasa terhad. Oleh itu, kita seharusnya mengoptimumkan penggunaan sumber yang kita ada.

Perkara-Perkara Yang Perlu Ada Sebelum Merancang.

1. Disiplin
Perancangan merupakan satu proses yang memerlukan penganalisisan yang teliti dengan pemikiran yang rasional dan sistematik. Tanpa disiplin dan kesabaran, perancangan yang rapi mungkin tidak dapat dihasilkan.Sesuatu perancangan yang berjaya memerlukan penumpuan usaha dan susun atur yang baik. Tanpa disiplin, segala perancangan yang telah dilakukan akan hanya menjadi impian di atas kertas.

2. Masa
Masa yang diberikan kepada proses merancang mempengaruhi kualiti sesuatu perancangan. Masa yang secukupnya diperlukan untuk mengkaji dan menganalisis maklumat dan keadaan yang dihadapi oleh dakwah sebelum membuat sebarang rumusan mengenai matlamat yang ingin dicapai dan tindak-tanduk yang ingin diambil. Sekiranya masa yang kita berikan terlalu sedikit, kemungkinan besar sebarang perancangan yang kita rumuskan akan berdasarkan andaian-andaian serta kefahaman realiti dakwah yang kurang tepat. Akibatnya, perancangan itu gagal mencapai sepenuhnya matlamat yang diingini.

3. Maklumat
Perancangan perlu menganalisis maklumat kerana maklumat yang kita gunakan akan mempengaruhi kualiti perancangan kita.Dalam keadaan terdesak, kita terpaksa membuat keputusan secara cepat. Oleh itu, keputusan adalah lebih banyak bergantung kepada andaian-andaian atau pengalaman yang lalu.

-Wallahu'alam-

Baca Seterusnya...
Related Posts with Thumbnails