Salam ziarah buat semua sahabat-sahabat seperjuangan. Moga-moga dengan sedikit perkongsian ini, akan mengeratkan lagi ukhuwah kita. InsyaALLAH.Jiwa umat Islam tidak harus kecewa menyaksikan kekalahan. Biarkan kekalahan menjadi penggerak perjuangan, bukan kemenangan yang kita hendak, tapi kebenaran yang kita tuntut.

Monday, April 26, 2010

Syurga Bagi Mereka Yang Bertaubat

“Katakanlah! Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap dirinya sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnyanya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)”. (az-Zumar: 53-54)

“ Menyesal itu adalah taubat.” (riwayat Ahmad Ibn Majah)

ABDUR RAHMAN BIN GHANNAM al-Daws mengisahkan bahawa suatu hari Mu’adz bin Jabal datang kepada Rasulullah. Setelah mengucapkan salam dia memberitahu : “Wahai Rasulullah, di depan pintu ada seorang pemuda segak sedang menangis seperti hamba sahaya kecil kehilangan emaknya. Dia ingin berjumpa denganmu.”

“Suruh pemuda itu masuk wahai Mu’adz” kata Nabi. Mu’adz pun membawa pemuda itu masuk menemui Rasulullah.

“Apa yang membuatmu menangis wahai pemuda?” Tanya Rasulullah.

“Macam mana aku tidak menangis ya Rasulullah, aku telah melakukan dosa besar yang aku rasa tidak mungkin akan diampuni Allah!” jawab pemuda itu.

Rasulullah terus bertanya : Apakah engkau mempersekutukanNya?” Tanya Nabi.

Pemuda itu serta merta menjawab : “Aku berlindung kepada Allah untuk mempersekutukanNya dengan apa jua pun,” jawabnya.

Rasulullah pun bertanya lagi : “Apakah engkau membunuh seseorang yang diharamkan Allah untuk membunuhnya?”

“Tidak ya Rasulullah.”

“Jika begitu Allah akan mengampuni dosa-dosamu meskipun dosamu sebesar gunung yang menjulang ke langit.” Kata Rasulullah.
Pemuda itu tiba-tiba menangis kuat sambil berkata : “Dosaku lebih besar daripada gunung itu!”

“Allah akan mengampuni dosa-dosamu meskipun dosamu sebesar tujuh bumi berikut, lautan dan segala yang ada di dalamnya.” Kata Rasulullah sambil tersenyum.

“Namun dosaku lebih besar daripada itu ya Rasulullah!” jawab pemuda itu lagi.

Dengan sabar Rasulullah bersabda : “Allah tetap akan mengampuni dosa-dosamu sebesar langit dan bintang-bintangnya sekali.”
Lagi-lagi pemuda itu menjawab : “Dosaku lebih besar daripada itu ya Rasulullah!”

“Wahai pemuda! Apakah dosa-dosamu yang lebih besar ataukah Tuhanmu?” Tanya Rsulullah.

Maka pemuda itu tersungkur di hadapan Nabi dan berkata : Subhanallah, tidak ada yang lebih besar daripada Tuhanku.”

“Kalau begitu, dosa apakah yang telah engkau perbuat?” Tanya Nabi.

Dengan air mata yang berlinang pemuda itu pun menceritakan :

“Sudah tujuh tahun ini pekerjaanku mencuri kain kafan mayat yang baru dikuburkan, untuk aku jual ke pasar. Pada suatu hari ada seorang gadis Ansar meninggal dunia. Setelah gadis itu dikubur dan ditinggalkan oleh keluarganya, seperti biasa aku pun mendatangi kuburnya untuk mengambil kain kafannya. Aku gali kuburnya dan aku keluarkan mayatnya, kemudian aku lepaskan kain kafannya daripada tubuhnya. Aku tinggalkan dia dalam keadaan telanjang di kubur, kemudian aku segera pulang membawa kain itu. Setelah aku sampai di rumah aku teringat betapa indahnya tubuh gadis itu, sehingga akhirnya aku tergoda untuk melihatnya kembali. Ketika aku melihat mayat gadis yang telanjang itu, aku tidak dapat menguasai diriku sehingga aku menyetubuhinya. Pada masa itu seolah-olah aku mendengar seseorang yang mengatakan : “Wahai pemuda, celakalah engkau di hadapan penghisab di hari kiamat kelak, tempatmu adalah di neraka….” Aku segera sedar dan merasa takut sekali, bagaimana menurut pendapatmu ya Rasulullah?” Tanya pemuda itu mengakhiri kisah perbuatan dosa-dosanya.

Mendengar kisah pemuda itu, Rasulullah sangat tekejut dan berkata : “Pergilah engkau daripada sisiku. Aku takut akan terbakar bersama apimu!”

Pemuda itu pun segera pergi meninggalkan Rasulullah dengan wajah yang sangat murung. Dia pergi ke Madinah dan di tempat itu dia menangis selama empat puluh hari empat puluh malam, memohon ampun kepada Allah. “Ya Allah, ampunilah segala dosa dan kekhilafanku dan berikanlah wahyu kepada Nabi-Mu. Jika Engkau tidak mengampuniku, maka berilah segera aku seksaan yang menghancurkanku di dunia ini, tetapi selamatkanlah aku daripada seksaanMu di hari kiamat nanti…!”

Rupa-rupanya taubat pemuda itu diterima Allah. Allah swt kemudian menurunkan wahyu sepotong ayat kepada Rasulullah :

“Dan(juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa kecuali Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah keampunan daripada Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.” (Ali-Imran 135-136)

Selepas menerima wahyu itu, Rasulullah bersama para sahabat keluar mencari pemuda itu. Ditemuinya pemuda itu berada di antara dua batu besar dalam keadaan lemah dengan mata yang bengkak kerana terlalu banyak menangis. Rasulullah mendatangi pemuda itu dan membersihkan debu-debu yang melekat di kepalanya sambil berkata:

“Aku ingin memberi khabar gembira kepadamu bahawa engkau kini telah dibebaskan Allah daripada api neraka.”

Rasulullah kemudian berpaling kepada para sahabatnya yang menyertai baginda seraya bersabda : “Beginilah hendaknya kalian menyertai dosa-dosa yang kalian perbuat, seperti yang dilakukan pemuda ini.”


***sedikit perkongsian untuk diri ana dan sahabat-sahabat...moga-moga kita sentiasa ingat kasih Allah pada kita =)
***janganlah pernah berputus asa terhadap rahmat dan ampunan Allah.

Baca Seterusnya...

Tuesday, April 20, 2010

Siapakah mereka???


Siapakah makhluk-makhluk diatas (kecuali ana)??

tiada apa yg ingin ana diceritakan melainkan hanya ucapan

"antum memang best!!!"

~Doa Rabithah~
Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

-Izzatul Islam-

p/s: bila nk belanja??hehe

Baca Seterusnya...

Sunday, April 18, 2010

Peribadi Da'i Penentu Kejayaan Dakwah


Individu merupakan komponen terkecil dalam susunan masyarakat. Individu memegang peranan penting dalam menentukan perjalanan dan bentuk masyarakat itu sendiri. Oleh kerana itu, yang menjadi tonggak gerakan kita adalah individu, kemudian keluarga dan akhirnya masyarakat. Maka perbaikilah diri kita terlebih dahulu di samping menyeru orang lain ke jalan kebenaran. Peribadi-peribadi mukmin yang sebenar akan membuka banyak peluang berjayanya seruan dakwah. Maka pembentukan peribadi Islam (takwin asy-syakhshiyah al-islamiyyah) merupakan aspek yang cukup penting.

Seorang da’i perlulah melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan teknik-teknik yang akan membantu untuk menjayakan dakwah fardiyyah. Dakwah fardiyyah (dakwah secara individu) memerlukan persediaan yang mantap dalam diri setiap da’i. Seorang da’i yang lemah dalam berinteraksi akan menyebabkan dakwahnya agak susah untuk berjaya. Kejayaan dalam dakwah bergantung pada usaha dan tawakkal kita kepada Allah s.w.t. Dakwah yang sambil lewa tidak mampu untuk menarik manusia yang berada dalam kehinaan menuju kemuliaan di bawah naungan cahaya Islam.

Tugas kita sebagai da’I adalah untuk memperbetulkan pendapat umum yang salah terhadap Islam. Sekiranya individu berubah menjadi baik, maka masyarakat pun akan menjadi baik, dan dengan sendirinya Islam akan tertegak. Cara bertutur dan penampilan seorang da’I akan menarik perhatian orang yang mendengar dan melihatnya, kerana pada dasarnya jiwa manusia cenderung dan tertarik dengan penampilan yg indah dan baik. Dari sini, kita dapat lihat bahawa individu-individu yang dipilih untuk dimasukkan dalam pasaran dakwah adalah orang yang berkualiti dan baik penampilannya.

Imam Hasan al-Banna pernah ditanya , “Kenapa anda tidak menyusun buku?” Beliau menjawab, “Tugas saya bukanlah untuk menyusun buku, kerana buku biasanya diletakkan di perpustakaan dan sedikit orang yang membacanya. Lain halnya seorang muslim, ia adalah ‘buku yang sentiasa terbuka’ kemana pun ia berjalan, itu adalah dakwah.” Betapa banyak da’i yg tidak pndai berbicara, tetapi dengan rahmat Allah banyak mad’u yang berdiri di sampingnya disebabkan oleh getaran jiwa, pantulan wajah, kelembutan perasaan, keimanan mendalam (al-iman al-amiq) serta pemahaman yang mantap dan syamil (al-fahmu ad-daqiq) yang dimiliki da’i.
Wallahu’alam

Dipetik dari buku Bagaimana Menyentuh Hati (Abbas As-Siisiy)

Baca Seterusnya...

Monday, April 12, 2010

11 April 2010...

Tanggal 11 April 2010 merupakan hari terakhir ana memegang jawatan Pengerusi Sahabat Masjid (SAHAM) bagi sesi 2009/2010. Setelah dua sesi ana pegangnya, akhirnya tiba masa untuk ana menyerahkan jawatan kepada yg lebih layak.

Satu majlis telah diadakan dan merupakan pertama kali diadakan sepanjang penubuhan Sahabat Masjid (SAHAM) iaitu Majlis Wida’ & Penyerahan Tugas. Tujuannya adalah untuk menghargai jasa-jasa dan pengorbanan barisan Nuqaba’ khususnya yang berada di tahun akhir, juga menghargai pengorbanan adik-adik dalam membantu menggerakkan aktiviti dakwah seperti program Kembara ’10.

Satu program yang sangat bermakna bagi ana dan sahabat-sahabat. Dengan adanya kejutan yang dirancang untuk ana dan sahabat-sahabat yang akan LI dan juga melihat semangat adik-adik untuk menjayakan Majlis ini. Jutaan terima kasih ana ucapkan kepada adik-adik dan sahabat-sahabat yang telah bersusah payah untuk menjayakan program kali ini. Sesungguhnya tanpa bantuan & kehadiran antum semua, program ini tidak akan berjalan lancar & kurang bermakna. Terima kasih ya Allah kerana memberikan sahabat-sahabat yang baik pada kami =)

Di kesempatan ini, ana ingin memohon maaf atas segala kesalahan sepanjang ana memegang jawatan tersebut. Maaf atas amanah yang tak terlaksana. Tiada jawatan tidak bermakna ana akan berhenti dari lapangan dakwah. Doakan ana & sahabat-sahabat yang akan keluar menjalani LI agar kami sentiasa istiqamah dalam menegakkan agama Islam. Kepada adik-adik yang diamanahkan dengan jawatan, jangan mudah tertekan dengan jawatan yang diberikan. Berikan usaha antum yang terbaik, moga-moga Islam akan terus tertegak di bumi UMP. Insyaallah.. =)

Bersiap sebelum masjlis...ade pak andam..hehe

barisan MT SAHAM 2009/10

barisan MT SAHAM 2009/10

dpt kek dr adik2 =)

majlis potong kek=)

satu lagi 'surprise'

***bittaufiq wannajah fil imtihan utk seme =)
***doakan ana n sahabat-sahabat dpt tmpt LI...huhu
***syukran seme =)=)

Andai hatimu rasa terharu... ketahuilah aku juga begitu... bukan sekali ini, tapi telah berulang kali... dikau hanyalah musafir yang bermukim di teratak ini... sampai masa kau akan terharu membawa diri pergi... namun aku permastautin yang masih di sini... bingung melihat kalian datang dan pergi... terharu pd yg akan pergi, tetapi harus tabah utk menyemai benih kasih pd yang baru...
-Ustaz Hazmi-


Baca Seterusnya...

Monday, April 5, 2010

Jika Terakhir Buatku..

Alhamdulillah, baru sajer pulang dr perkhemahan Sahabat Masjid (SAHAM) di Lubuk Semak. Suati perkhemahan yg cukup menarik. Entri kali ini bukanlah utk menceritakan berkenaan perkhemahan, tetapi hanyalah untuk berkongsi lirik sebuah lagu yang cukup best dan boleh mengingatkan kita pada kematian. Insyaallah.


Jika Terakhir Buatku
Artis: Saujana
Album: Nota Cinta


oh Tuhan hambaMu ini kekeliruan
sukar mencari jalan yang benar
kerna dipaut hasut dunia
mencintai yang lain lebih dariMu

oh Tuhan hidayahMu pernah hadir
hingga kering air mataku menitis
namun terkadang aku berpaling
kerna mengejar nikmat dunia sementara

hari ini ku bimbangi
jika terakhir hidup
adakah lagi subuh esok
untukku bernafas
dan sujud mengabdi
padaMu oh Tuhan

berikan daku kesempatan
menebus kesalahan
lantaran dosa dan noda
dan sengaja melupakanMu
hadirkan damai sebelum di hujung nafasku
hanya padaMu Tuhan

oh Tuhan berikan daku petunjukMu
untukku meniti ke jalan redhaMu
izinkan daku mengulangi janji-janji yang baru
taubat nasuha setulus untukMu
oh tuhan...

hanya kasihMu Tuhan
ampunanMu ku damba

Baca Seterusnya...
Related Posts with Thumbnails