Salam ziarah buat semua sahabat-sahabat seperjuangan. Moga-moga dengan sedikit perkongsian ini, akan mengeratkan lagi ukhuwah kita. InsyaALLAH.Jiwa umat Islam tidak harus kecewa menyaksikan kekalahan. Biarkan kekalahan menjadi penggerak perjuangan, bukan kemenangan yang kita hendak, tapi kebenaran yang kita tuntut.

Monday, December 14, 2009

"Siapa yang kamu marah?"


Seorang ahli sufi yang masyhur, Syaqiq Al Balkhi r.m telah membeli sebiji tembikai untuk isterinya. Si isteri begitu gembira menerima buah tembikai itu. Malangnya, apabila buah tembikai itu dibelah, ia dapati buah itu itu tidak elok. Lalu si isteri marah-marah kerana tidak mendapat buah seperti yang diharapkan.

“Kepada siapa engkau tujukan marah itu? Adakah kepada penjual, atau pembeli, atau penanam ataupun kepada Pencipta buah tembikai itu?”

Tanya Syaqiq kepada isterinya. “Wahai isteriku. Ketahuilah, si penjual itu tentu ingin agar jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Si pembeli pula, tentu ingin membeli yang terbaik saja. Manakala si penanam, kalau mampu sudah tentu dia ingin agar hasil tanamannya yang terbaik juga...

“Kini, nyatalah, bahawa marahmu itu ditujukan kepada Pencipta buah tembikai itu. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”
Baca Seterusnya...

Friday, December 11, 2009

Satu...dua...tiga...infiniti


Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNya, kita masih diberi peluang untuk hidup di atas muka bumiNya. Pelbagai nikmat Allah berikan kepada kita, namun sejauh manakah kita mensyukuri nikmat yang diberikan. Pesanan untuk diri-sendiri terutamanya. Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita selalu.

Kita diberikan penglihatan oleh Allah, tapi bagaimana kita gunakannya??? Kita diberi mulut oleh Allah, bagaimana kita gunakan???Tangan kita???Kaki kita???Akal kita??? Kesihatan kita???Nyawa kita??? Wahh!!!Begitu banyak nikmat yang Allah bagi sehingga tak terhitung oleh tangan kita.

Firman Allah s.w.t dalam Surah Ibrahim ayat 34 yang bermaksud.


Yang bermaksud: Dan Dia (Allah) mengurniakan kamu segala yang kamu minta dan sekiranya kamu (cuba) menghitung nikmat Allah nescaya kamu tidak akan mampu mengiranya. Sesungguhnya manusia itu benar-benar zalim dan mengingkari (nikmatku).

Di antara nikmat yang sering diabaikan manusia adalah kesihatan, sama ada kesihatan fizikal ataupun mental dan juga kelapangan masa. Kesihatan adalah nikmat yang membolehkan kita keluar bekerja, belajar dan beribadah. Tanpanya, kita mungkin hilang keupayaan mencari rezeki untuk menampung diri dan keluarga.
Rasulullah s.a.w. berpesan di dalam hadithnya,

Yang bermaksud: Dua nikmat yang tidak disedari oleh kebanyakan manusia, kesihatan dan kelapangan masa. (Riwayat al-Bukhari)

Sahabat-sahabat sekalian!
Di antara waktu-waktu yang kita miliki, ada waktu lapang, waktu senggang, atau waktu yang kosong dari kesibukan. Dan waktu luang ini merupakan kenikmatan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala yang mesti digunakan sebaik-baiknya sebagai tanda syukur kepada-Nya. Namun kenyataannya, kebanyakan dari kita lalai akan nikmat ini sehingga kita pun rugi. Barangkali kita semua menyedari bahawa waktu hidup kita di dunia memang hanya sebentar, tidak ada yang hidup kekal. Namun entah mengapa kita tidak boleh menjaga waktu dengan baik sehingga waktu berlalu sia-sia tanpa diisi dengan amal kebaikan. Mungkin kita tidak sedar yang masa lapang itu juga adalah nikmat.

Kini, mahasiswa/i diberikan masa lapang yang cukup banyak. Setelah 4 bulan menghabiskan masa di universiti, kita diberikan masa rehat yang panjang. Masa yang cukup untuk bersama keluarga, merangka perancangan untuk sem depan dan pelbagai kerja yg spatutnya kita lakukan sebagai mahasiswa khususnya sebagai seorang dae’i. Janganlah kita gunakan masa yang ada untuk tidur sahaja, main game dan makan daging (istilah glamer).

Rasulullah saw bersabda,“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara; tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya".
(Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita berusaha untuk menghabiskan masa kita dengan sebaik-baiknya. As-syahid Imam Hasan al-Banna menegaskan bahawa “Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada.” Peringatan buat diri. Wallahu’alam

Baca Seterusnya...

Saturday, November 28, 2009

Pahlawan Neraka

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.

Mendengar perkataan itu, Rasulullah s.a.w. pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Rasulullah s.a.w. sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas Baginda s.a.w. berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka." Menurut Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.

Baca Seterusnya...

Monday, November 16, 2009

Lucunya!

BEBERAPA KISAH LUCU BERIKTIBAR YANG PERLU KITA FIKIRKAN
-*****************************************************-
Ambillah sebagai pengajaran.........terkadang kita lupa diri kita
sebenarnya...apa yang kita nampak ialah keburukan orang lain


Lucu ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila
dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke
supermarket.

Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya
waktu itu untuk satu cerita komedi.

Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid,
tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton
wayang di panggung.

Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untuk
dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapa
mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan

Lucu ya, betapa seruan dan teriakan yang
perpanjangan waktu pertandingan pasukan bola jadi
kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam
solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan
panjang.

Lucu ya, susah sangat baca Al-Quran 1 juz saja,
tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100
halaman pun habis dilahap.

Lucu ya, orang-orang berebut paling depan untuk
menonton bola atau konsert, dan berebut cari saf
paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh
cepat keluar.

Lucu ya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu
sebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan
di agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner
atau high tea jadual kita boleh diubah sekelip mata.

Lucu ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,
tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip.

Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di
e-mail layang di internet, tapi kita sering mempertikaikan apa yang
dikatakan Al-Quran.

Lucu ya, semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus
beriman,berpikir,berbicara ataupun melakukan apa-apa.

Lucu ya, kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan
surat berantai lewat email, tapi bila mengirim yang
berkaitan dengan ibadah sering mesti berpikir dua-kali.

LUCU TAK?

Tepuk dada...tanyalah hati & iman

"Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang
mu'min bahwa sesungguhnya bagi mereka kurnia yang
besar dari Allah." (QS 33:47)

Baca Seterusnya...

Monday, November 9, 2009

Selamat Berjuang

Selamat Berjuang
Brothers

Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan

Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya

Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabaran

Bersama teman - teman
Harungi kehidupan
Oh indahnya o ooo

Berat rasanya
Didalam jiwa
Untuk melangkah
meninggalkan semua

Kasih dan cinta
Yang terbina
Diakan selamanya
O ooo

Selamat berjuang sahabatku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan wo uwo

Tetapi kuatur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman

Selamat berjuang sahabatku(sahabatku)
Semoga Allah berkatimu (berkatimu)
Kenangan indah bersamamu (bersamamu)
Takkan kubiar dia berlalu (ooooo)
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah (ingatlah) semua ikrar kita

O o ohooo ho o ohooo

*Di kesempatan ini, ana ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya dalam final exam kepada sahabat-sahabat sekalian. Mohon maaf atas segala salah silap =)
Baca Seterusnya...

Wednesday, October 28, 2009

Perancangan Dakwah

"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat)."
-Surah al-Hasyr;18-

Perancangan dakwah merupakan suatu perkara yang amat penting bagi kelancaran dakwah. Seorang dae'i seharusnya peka betapa pentingnya perancangan sebelum menjalankan kerja dakwah. Kerja dakwah yang tidak tersusun dan terancang, akan melambatkan untuk mencapai matlamat yang di idam-idamkan oleh setiap orang Islam.

Perancangan dakwah dapat didefinisikan sebagai proses menyatukan dan menjuruskan segala sumber organisasi yang terhad secara yang optimum untuk mencapai matlamat dakwah. Dalam proses ini, kita perlulah mengenal pasti matlamat yang ingin kita capai serta menyusun sumber-sumber, langkah-langkah dan tindakan-tindakan yang perlu kita ambil untuk mencapai matlamat tadi.Perancangan amat penting kerana sumber-sumber kita sentiasa terhad. Oleh itu, kita seharusnya mengoptimumkan penggunaan sumber yang kita ada.

Perkara-Perkara Yang Perlu Ada Sebelum Merancang.

1. Disiplin
Perancangan merupakan satu proses yang memerlukan penganalisisan yang teliti dengan pemikiran yang rasional dan sistematik. Tanpa disiplin dan kesabaran, perancangan yang rapi mungkin tidak dapat dihasilkan.Sesuatu perancangan yang berjaya memerlukan penumpuan usaha dan susun atur yang baik. Tanpa disiplin, segala perancangan yang telah dilakukan akan hanya menjadi impian di atas kertas.

2. Masa
Masa yang diberikan kepada proses merancang mempengaruhi kualiti sesuatu perancangan. Masa yang secukupnya diperlukan untuk mengkaji dan menganalisis maklumat dan keadaan yang dihadapi oleh dakwah sebelum membuat sebarang rumusan mengenai matlamat yang ingin dicapai dan tindak-tanduk yang ingin diambil. Sekiranya masa yang kita berikan terlalu sedikit, kemungkinan besar sebarang perancangan yang kita rumuskan akan berdasarkan andaian-andaian serta kefahaman realiti dakwah yang kurang tepat. Akibatnya, perancangan itu gagal mencapai sepenuhnya matlamat yang diingini.

3. Maklumat
Perancangan perlu menganalisis maklumat kerana maklumat yang kita gunakan akan mempengaruhi kualiti perancangan kita.Dalam keadaan terdesak, kita terpaksa membuat keputusan secara cepat. Oleh itu, keputusan adalah lebih banyak bergantung kepada andaian-andaian atau pengalaman yang lalu.

-Wallahu'alam-

Baca Seterusnya...

Monday, October 12, 2009

Rindu dan Cintakan Rasulullah s.a.w

***Sebahagian daripada kisah sebelum wafatnya Rasulullah s.a.w. setelah turunnya ayat ke-3 surah al-Maaidah. Ana mengambil contoh kasihnya para Sahabat kepada baginda s.a.w.Kalau nak lebih menarik, boleh dengar ceramah Kewafatan Rasulullah s.a.w. Suatu ceramah yang cukup menarik.

Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w., beliau menyuruh Bilal azan untuk mengerjakan solat, lalu berkumpul para Muhajirin dan Ansar di masjid Rasulullah s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan solat dua raka'at bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan solat beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata:
"Alharndulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau ada sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi saya sebelum saya dituntut di hari kiamat."

Rasulullah s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama 'Ukasyah bin Muhshan dan berkata: "Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah s.a.w., kalau anda tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu mengernukakan hal ini." Lalu 'Ukasyah berkata lagi: "Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya saya dapat mencium paha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu saya pun anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta tersebut."

Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.: "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di alas kepala dengan berkata: "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."

Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal r.a. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. unluk mengambil tongkat beliau."Kemudian Fatimah r.a. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal r.a.: "Wahai Fatimah, Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fatimah. r.a. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?."Bilal r.a. tidak menjawab perlanyaan Falimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w.

Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah. Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke hadapan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar, duduklah kamu berdua sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata: "Wahai "Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu."

Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul." Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir.

Sebaik sahaja 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata; "Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya."

Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegem-biraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata: "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga."Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin hampir maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a. dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah mcnuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kapanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar mening-galkan aku. Pertama yang akan menshalatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan menshalat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-rarnai bershalat ke atasku."

Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata: "Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penernuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?."Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah para saha-batku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah AI-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada AI-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pengajaran dari mati.

Baca Seterusnya...

Sunday, October 11, 2009

Dunia Islam Sasaran Pemusnahan



Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) ,beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cernas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orangorang yang shaleh?" Lalu Nabi saw. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".
H.R. Bukhari & Muslim


Hadis di atas rnenerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlarnpau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang shaleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.

Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.

Dalarn hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain . Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya Umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.

Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya.

Baca Seterusnya...

Wednesday, September 23, 2009

Uwais Al-Qarni: Terkenal Di Langit Tak Terkenal di Bumi

Pada zaman Nabi Muhammad SAW, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan, kulitnya kemerah-merahan, dagunya menempel di dada selalu melihat pada tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, ahli membaca Al Qur’an dan menangis, pakaiannya hanya dua helai sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya untuk selendangan, tiada orang yang menghiraukan, tak dikenal oleh penduduk bumi akan tetapi sangat terkenal di langit.

Dia, jika bersumpah demi Allah pasti terkabul. Pada hari kiamat nanti ketika semua ahli ibadah dipanggil disuruh masuk surga, dia justru dipanggil agar berhenti dahulu dan disuruh memberi syafa’at, ternyata Allah memberi izin dia untuk memberi syafa’at sejumlah qobilah Robi’ah dan qobilah Mudhor, semua dimasukkan surga tak ada yang ketinggalan karenanya. Dia adalah “Uwais al-Qarni”. Ia tak dikenal banyak orang dan juga miskin, banyak orang suka menertawakan, mengolok-olok, dan menuduhnya sebagai tukang membujuk, tukang mencuri serta berbagai macam umpatan dan penghinaan lainnya.

Seorang fuqaha’ negeri Kuffah, kerana ingin duduk dengannya, memberinya hadiah dua helai pakaian, tapi tak berhasil dengan baik, karena hadiah pakaian tadi diterima lalu dikembalikan lagi olehnya seraya berkata : “Aku khuatir, nanti sebahagian orang menuduh aku, dari mana kamu dapatkan pakaian itu, kalau tidak dari membujuk pasti dari mencuri”.
Pemuda dari Yaman ini telah lama menjadi yatim, tak punya sanak keluarga kecuali hanya ibunya yang telah tua dan lumpuh. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa. Untuk mencukupi kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai penggembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup untuk sekedar menopang kesehariannya bersama Sang ibu, bila ada kelebihan, ia pergunakan untuk membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya. Kesibukannya sebagai penggembala domba dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya, ia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.

Uwais al-Qarni telah memeluk Islam pada masa negeri Yaman mendengar seruan Nabi Muhammad SAW. yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tak ada sekutu bagi-Nya. Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya sangat menarik hati Uwais, sehingga setelah seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, karena selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran. Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad SAW secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbarui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.

Alangkah sedihnya hati Uwais setiap melihat tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah “bertamu dan bertemu” dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang ia sendiri belum. Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih, tapi apalah daya ia tak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah, dan yang lebih ia beratkan adalah sang ibu yang jika ia pergi, tak ada yang merawatnya.

Di ceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah SAW mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Kabar ini akhirnya terdengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada beliau SAW, sekalipun ia belum pernah melihatnya. Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tak terbendung membuat hasrat untuk bertemu tak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, kapankah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dari dekat ? Tapi, bukankah ia mempunyai ibu yang sangat membutuhkan perawatannya dan tak tega ditingalkan sendiri, hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa. Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya, mengeluarkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan pergi menziarahi Nabi SAW di Madinah. Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau memaklumi perasaan Uwais, dan berkata : “Pergilah wahai anakku ! temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang”. Dengan rasa gembira ia berkemas untuk berangkat dan tak lupa menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi.

Sesudah berpamitan sambil menciumi sang ibu, berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak kurang lebih empat ratus kilometer dari Yaman. Medan yang begitu ganas dilaluinya, tak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari, semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi SAW yang selama ini dirindukannya. Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi SAW, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina ‘Aisyah r.a., sambil menjawab salam Uwais. Segera saja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata beliau SAW tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatanganNabi SAW dari medan perang. Tapi, kapankah beliau pulang ? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman,” Engkau harus lekas pulang”. Karena ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemauannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi SAW. Ia akhirnya dengan terpaksa mohon pamit kepada sayyidatina ‘Aisyah r.a. untuk segera pulang ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi SAW dan melangkah pulang dengan perasaan haru.
Sepulangnya dari perang, Nabi SAW langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahwa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit (sangat terkenal di langit). Mendengar perkataan baginda Rosulullah SAW, sayyidatina ‘Aisyah r.a. dan para sahabatnya tertegun. Menurut informasi sayyidatina ‘Aisyah r.a., memang benar ada yang mencari Nabi SAW dan segera pulang kembali ke Yaman, karena ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama. Rosulullah SAW bersabda : “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya.” Sesudah itu beliau SAW, memandang kepada sayyidina Ali k.w. dan sayyidina Umar r.a. dan bersabda : “Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah do’a dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”.

Tahun terus berjalan, dan tak lama kemudian Nabi SAW wafat, hingga kekhalifahan sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq r.a. telah di estafetkan Khalifah Umar r.a. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi SAW. tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali k.w. untuk mencarinya bersama. Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, beliau berdua selalu menanyakan tentang Uwais al-Qarni, apakah ia turut bersama mereka. Diantara kafilah-kafilah itu ada yang merasa heran, apakah sebenarnya yang terjadi sampai-sampai ia dicari oleh beliau berdua. Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka.

Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar r.a. dan sayyidina Ali k.w. mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka. Rombongan itu mengatakan bahwa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawaban itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni. Sesampainya di kemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar r.a. dan sayyidina Ali k.w. memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan sholat. Setelah mengakhiri shalatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman. Sewaktu berjabatan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada ditelapak tangan Uwais, sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi SAW. Memang benar ! Dia penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut, siapakah nama saudara ? “Abdullah”, jawab Uwais. Mendengar jawaban itu, kedua sahabatpun tertawa dan mengatakan : “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya ?” Uwais kemudian berkata: “Nama saya Uwais al-Qarni”. Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali k.w. memohon agar Uwais berkenan mendo’akan untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah: “Sayalah yang harus meminta do’a kepada kalian”. Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata: “Kami datang ke sini untuk mohon do’a dan istighfar dari anda”. Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdo’a dan membacakan istighfar. Setelah itu Khalifah Umar r.a. berjanji untuk menyumbangkan uang negara dari Baitul Mal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera saja Uwais menolak dengan halus dengan berkata : “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi”.

Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam tak terdengar beritanya. Tapi ada seorang lelaki pernah bertemu dan di tolong oleh Uwais , waktu itu kami sedang berada di atas kapal menuju tanah Arab bersama para pedagang, tanpa disangka-sangka angin topan berhembus dengan kencang. Akibatnya hempasan ombak menghantam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya. Lelaki itu keluar dari kapal dan melakukan sholat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu. “Wahai waliyullah,” Tolonglah kami !” tetapi lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,” Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!”Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata: “Apa yang terjadi ?” “Tidakkah engkau melihat bahwa kapal dihembus angin dan dihantam ombak ?”tanya kami. “Dekatkanlah diri kalian pada Allah ! “katanya. “Kami telah melakukannya.” “Keluarlah kalian dari kapal dengan membaca bismillahirrohmaanirrohiim!” Kami pun keluar dari kapal satu persatu dan berkumpul di dekat itu. Pada saat itu jumlah kami lima ratus jiwa lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami berikut isinya tenggelam ke dasar laut. Lalu orang itu berkata pada kami ,”Tak apalah harta kalian menjadi korban asalkan kalian semua selamat”. “Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan ? “Tanya kami. “Uwais al-Qarni”. Jawabnya dengan singkat. Kemudian kami berkata lagi kepadanya, “Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir.” “Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membagi-bagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?” tanyanya.”Ya,”jawab kami. Orang itu pun melaksanakan sholat dua rakaat di atas air, lalu berdo’a. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membagi-bagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tidak satupun yang tertinggal.

Beberapa waktu kemudian, tersiar kabar kalau Uwais al-Qarni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebutan untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafaninya. Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke pekuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya. Dan Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan, “ketika aku ikut mengurusi jenazahnya hingga aku pulang dari mengantarkan jenazahnya, lalu aku bermaksud untuk kembali ke tempat penguburannya guna memberi tanda pada kuburannya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas kuburannya. (Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan sayyidina Umar r.a.)

Meninggalnya Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat mengherankan. Sedemikian banyaknya orang yang tak dikenal berdatangan untuk mengurus jenazah dan pemakamannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tak dihiraukan orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya : “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni ? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala domba dan unta ? Tapi, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa “Uwais al-Qarni” ternyata ia tak terkenal di bumi tapi terkenal di langit.

UWAIS AL QARNI…

ENGKAU HANYA SEORANG INSAN BIASA
DARI KALANGAN BANI YAMAN
DISISIMU TIADA PUNYAI NAMA
PANGKAT DARJAT MAHUPUN KEDUDUKAN

SETIANYA UMAR ALI MENANTI SATU HARAPAN
KERNA MENGHARAP PENGAMPUNAN
SEPERTI MANA YANG TELAH DIKHABARKAN
OLEH UTUSAN RASUL JUNJUNGAN

KEADAANMU DIPANDANG HINA
KERNA BERPAKAIAN SERBA KEDHAIFAN
NAMUN BEGITU KAU SENTIASA MELEMPARKAN
PANDANGANMU KETEMPAT SUJUDMU

WAHAI UWAIS.. KEKASIH ALLAH
SUNYINYA NAMAMU DI DUNIA
TETAPI TERKENAL NAMAMU DISANA
SEHINGGA RASUL MENYINTAIMU

BERUZLAH DIRIMU DARI MANUSIA
KERNA INGIN MENGABDIKAN PADANYA
BAGIMU MERASA AMAN BERSAMANYA
BAGAIKAN ALAM ADALAH DIRINYA…


Baca Seterusnya...

Sunday, September 20, 2009

Raya datang lagi

Setelah sebulan berpuasa bersamaan 29 hari, akhirnya umat Islam telah dikurniakan dengan satu nikmat, iaitu nikmat Hari Raya. Umat Islam saling bermaaf-maafan, peti inbox akan mulai penuh, rumah akan dikunjungi sanak-saudara & sahabat handai, bermacam kuih ade, lemang dan pelbagai lagi. Tapi, ingatlah semuanya adalah kurniaan Allah kepada hambaNya setelah sebulan mengharungi madrasah Ramadhan.

Kini Ramadhan telah meninggalkan kita. Moga-moga ibadah yang kita lakukan pada bulan itu, kita akan terus berterusan lakukannya pada bulan-bulan yang lain (jgn solat Terawih dahlh yer...hehe). Insyaallah.

Di kesempatan ini, ana dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf atas segala kesalahan yang telah dilakukan samada sengaja @ x sengaja (ade jgk ke sengaja???ish3). Jemputlah datang kat umah ana. Umah terbuka tiap-tiap ari, insyaallah.

Sedarkah kita? Ramadhan yang penuh barakah di dalamnya telah meninggalkan kita..Berimankah kita? Bahawa sesungguhnya orang yang beriman menangisi pemergian Ramadhan...Pastikah kita? Bahawa kita akan berjumpa dengan Ramadhan lagi? Namun apa yang pasti, Ramadhan berlalu kini. Jadi, bergembirakah kita di atas kemenangan diri kerana Ramadhan yang kurang sempurna itu...bermuhasabahlah wahai diri..


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

KULLU 'AM WA ANTUM BIKHAIR





Baca Seterusnya...

Thursday, September 17, 2009

27 Ramadhan

Seperti biasa, jika mempunyai masa terluang, ana akan buka peti mel..melihat emel-emel yang telah dihantar...salah satu emel yg telah diterima adalah ayat yang di bawah...ayat-ayat yang cukup bermakna dan memberi banyak pengajaran kepada kita sebagai seorang Islam...syukran jazilan kepada penghantarnya...di saat Ramadhan menghampiri penghujung, sama-sama kita tingkatkan ibadah kita dan sentiasalah kita bermuhasabah...nescaya rugi bagi kita sekiranya di saat tibanya Hari Hisab baru kita nak bermuhasabah...pesanan buat diri...wallahu'alam...

“Anakku, ingatkan kamu pesan ulama Rabbani, jangan kamu menanam pohonan syurga dengan benih-benih neraka?” Mengerjakan solat dengan kesungguhan tetapi tahajud langsung tidak membantu mendekatkan diri kepada Allah. Hanya tahajud, hanya gerakan badan, sedangkan hati tidak bersama-sama. Hanya bangun di malam hari sedangkan simbahan cahaya pada mata hati redup sekali. Bacaan al-Quran yang hanya menjadi gerakan bibir dan basahan lidah sedangkan akal tidak mengerti dan jiwa semakin kontang. Hanya zikir yang terlafaz sedangkan mata tidak menangis. Hanya merenung dosa dengan ingat-ingatan bukannya dengan jiwa dan rasa mendalam.



Baca Seterusnya...

Kisah Mengenai Rasulullah s.a.w...

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Baginda juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, baginda selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, baginda cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' )
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.
'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergesel antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'

'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.


'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.




Baca Seterusnya...

Friday, September 11, 2009

Hampir ke penghujung...

Imam Ahmad meriwayatkan, Umar bin Khattab berkata. “Hisablah dirimu sebelum dihisab! Timbanglah diri kalian sebelum kalian ditimbang! Sesungguhnya hisab bagi kalian pada hari ini lebih ringan dari pada hisab di kemudian hari. Begitu juga dengan hari ‘aradl (penampakan amal) yang agung” (Imam Ahmad & At-Tirmidziy)

Kini Ramadhan hampir meninggalkan kita. Semakin pantas masa berlalu sehingga tak sedar, bulan Ramadhan, bulan yang Allah anugerahkan kpd kite dengan penuh nikmat dan ganjaran dh hampir ke penghujungnya. Alangkah ruginya jika Ramadhan yang kita lalui pada kali ni, tiada bezanya berbanding ramadhan yg lepas. Seringkali kita berdoa " Ya Allah, temukan aku dengan Ramdhan", namun bilamana Allah menemukan kita dengan Ramadhan, kita mensia-siakan peluang yg Allah berikan pada kita. Peluang yang tidak selalu kita dapat. Mungkin thn ni kita berjumpa ramadhan, namun kite tak tahu pada masa akan datang adakah kite masih berpeluang. Setiap insan pasti berharap bertemu ramadhan, namun tidak semua yg berharap diberikan peluang itu. Dan kite yang berpeluang, seharusnya menghargainya dgn sebaik-baiknya.

Marilah kite sama-sama bermuhasabah, brp kali kita qiam pd bulan ni, adakah ibadah kite semakin bertambah baik?adakah kita bersyukur pdNya?Nauzubillah sekiranya kite tergolong di kalangan org yg x bersyukur. Ya Allah, betapa hinanya diri kite bile kite tak bersyukur dgn peluang yg Allah berikan. Brp kali dh kite menangis di depan Allah pada malamnya sedang insan lain masih di buai mimpi?Tangisan seorang hamba yang mengharapkan keredhaan penciptaNya. Tangisan mengenangkan dosa-dosa yg dilakukan. Tangisan keinsafan seorang hamba. Tangisan yang penuh pengharapan. Atau mata kita sudah tidak mampu lagi mengalirkan air mata kerana kerasnya hati oleh dosa-dosa. Nauzubillah.... Ampuni kami Ya Allah.

Masih tinggal lagi 7 hari untuk kite beribadah pdNya. di bulan ini Marilh kite tanamkan azam untuk menghidupkan malam-malam terakhir di bulan ramadhan dengan amal ibadah. Moga-moga kite tak tergolong di kalangan orang yang rugi.

Di kesempatan saya mengucapkan Selamat Menjalankan Ibadah Puasa & Selamat Hari Raya Aidilfitri. Moga-moga kite tak melupakan ramadhan di saat syawal semakin menjelang. Maaf atas segala kesalahan yang dilakukan.

Muhasabah Cinta
oleh EdCoustic

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff.

Baca Seterusnya...

Saturday, August 22, 2009

Alhamdulillah dapat bertemu Ramadhan...


“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).

Selamat Menunaikan Ibadah di bulan Ramadhan al-mubarak. Marilah kita berlumba-lumba mempertingkatkan ibadah di bulan yang cukup 'mewah' dengan pahala. Moga-moga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik berbanding Ramadhan yang lepas-lepas,insyaALLAH..

"SELAMAT DATANG RAMADHAN KAREEM"

"Ya Allah di bulan yang penuh barakah, Rahmat & Maghfirah, Kau berkatilah kami, Limpahkan rezekiMu kepada kami, bahagiakan kami dan keluarga kami. Mudahkanlah urusan kami, terimalah Ibadah kami serta ampunilah dosa-dosa kami...Amin"

Baca Seterusnya...

Thursday, August 13, 2009

Jalan-jalan di Kelantan

Sekitar perjalanan ke Kelantan...menziarah sahabat-sahabat dan adik-adik usrah...lame x gi Klate...alhamdulillah,akhirnya dapat jugak menjejakkan kaki kat cni...sebahagian sajer gmbr, yang lain x dapat letak..bahaya kot...hehe




hhahah...yang plg penting,dpt makan free kt umah apih









Dahsyat rasyied makan...hehe...jgn mrh.>.








Mse untuk makan....heh,,,br jer abih makan kepok







Jalan-jalan ke Karnival ICT di balai Islam







Kat cni pun nk bergmbr...ish2







Depan umah Bazli...alangkah hijaunya...huh
Baca Seterusnya...

Allah Mengasihi Orang Yang Mengasihi Saudaranya...

Tiap-tiap minggu mesti ada jer kelas yang batal. Ada yg batal seminggu, ada yg batal dh 6 minggu..huhu...almaklumlah,sejak blajo kat Pekan ni...mcm2 mslh ade...yang tu x siap lagi,yang ni x siap lg...last-last, PSM pun x siap-siap....huh

kebetulan ari ni kelas batal plok...bulehlh update blog...dh lame dh x update blog ni...nk kate sibuk, x sibuk...tp suke menyibukkan diri...teruk2...

waktu cuti baru ni (H1N1 lh), sempat saya dan rakan-rakan pergi ke Kelantan(H1N1 pun buleh g jalan-jalan ke) ..menziarah sahabat-sahabat, adik-adik usrah(Bazli dan Hafiz), survey barang-barang kt Rantau Panjang dan yang paling wajib bile g Klate, gi Jaffar Rawas...nk kongsi sedikit cter dr buku yg dipinjam secara paksa dr Rasyied...hehe.. (Kisah-kisah daripada Rasulullah drp Allahyarham Dato' Ishak Baharom)

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di dalam sebuah kampung. Allah SWT memerintahkan malaikat supaya menunggunya di jalanan. Apabila lelaki itu sampai kepada malaikat itu, dia ditanya,
"Kamu hendak ke mana?"

Lelaki itu menjawab, "Aku ingin menziarahi saudaraku di kampung ini."

Malaikat itu bertanya lagi, "Adakah antara kamu dengannya berupa nikmat yang mengeratkan perhubungan kamu?'

Dia menjawab, "Tidak! Aku hanya kasihkan dia kerana Allah semata-mata."

Malaikat itu berkata lagi, "Sesungguhnya aku adalah utusan Allah SWT kepda kamu, untuk memberitahu kamu bahawa Allah SWT sangat kasihkan kamu sebagaimana kamu kasihkan saudaramu."

Sahih Muslim:4056;Musnad Ahmad:9579


Pengajaran.
1. Ziarah-menziarahlah sesama Islam kerana Allah.

2."doa seorang sahabat yang ikhlas kerana Allah pasti mendatangkan ganjaran pahala yang besar"

p/s ;kepada Rasyied, best jeput ari tu...haha





Baca Seterusnya...

Lagu lagii....

Dah lame x update blog ni..huh..bulan Ramadhan pn dh hampir, bnyk persiapan yg perlu ade...mungkin nati akan post psl Ramadhan plok kot...ni pun saje2 post lagu ni...

Sahabat Sejati
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi



Baca Seterusnya...

Friday, July 31, 2009

MASA DEPAN DAKWAH: 10 kaedah

Syeikh Mustafa Mashyur dalam sebuah kitabnya menyatakan, "Da'wah ke jalan Allah adalah suatu kemuliaan dan ibadah". Ini selaras dengan apa yang difirmankan oleh Allah SWT:

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amalan yang soleh dan berkata, "sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?." (Fushilat : 33)

Tambah Syeikh Mustafa Masyhur lagi bahawa setiap ibadah ada fiqhnya yang sempurna dan mendalam serta ada hukum yang wajib kita iltizam supaya lahir ibadah yang betul kepada Allah. Begitu juga da'wah kepada Allah, ada usul fiqhnya yakni kaedah yang perlu dilaksanakan dan diikuti oleh para da'ie bagi menghasilkan natijah yang betul seperti yang Allah kehendaki. Da'wah adalah wasilah yang membuka hati yang tertutup, membuka mata hati yang tidak nampak dan
membuka telinga yang tidak mendengar. Untuk memenuhi maksud da'wah ini maka da'wah merupakan kerja yang memerlukan hikmah yang tinggi, kesabaran, pengalaman dan penelitian. Sifat-sifat da'ie yang memiliki hikmah, penelitian dan kesabaran akan membantunya untuk sampai kepada natijah yang diharapkan. Sekiranya da'ie tidak memiliki sifat-sifat ini maka tindak-tanduknya atau cara da'wahnya boleh menjauhkan mad'u yang diserunya atau boleh menutup terus pintu hati mereka. Firman Allah SWT:

"Serulah kepada jalan Rabmu dengan hikmah dan tunjuk ajar yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik" ( An Nahl : 125)

APABILA KITA MEMPERKATAKAN DA'WAH...

Apabila kita memperkatakan da'wah, maka hendaklah tergambar dalam pemikiran kita perkara-perkara berikut:

1. Maudhu' da'wah.

Dr. Abdul Karim Zaidan dalam buku Usulubul Da'wah menerangkan bahawa maudhu' da'wah adalah Islam yang sempurna.

2. Da'ie.

Pada diri da'ie perlu memiliki sifat-sifat murabbi.

3. Mad'u.

Mad'u ada berbagai kategori:

a. Ada yang jenis Al Malak (golongan atasan, para pemimpin atau yang memiliki kepimpinan).

b. Ada yang jenis orang biasa.

Untuk menda'wahkan Islam kepada mad'u maka kita perlu mengambil kira latarbelakang, akademik, keluarga, jawatan, kedudukan dalam masyarakat dan sifat-sifatnya. Kita boleh memilih sifat-sifat tertentu untuk mendekati dan membimbingnya.

4. Wasail, uslub atau method da'wah.

Ada berbagai-bagai methodologi atau seni da'wah yang boleh kita pergunakan. Menurut Syeikh Mustafa Masyhur,
"Islam itu kita perlu ketengahkan kepada masyarakat dengan memberi penjelasan dalam bentuk yang sebenarnya." Kita perjelaskan Islam bersumberkan bahan-bahan muktabar seperti takrifan Islam oleh Imam Hasan Al Banna dan penulisan ulamak-ulamak muktabar, melalui aktiviti halaqah, usrah, ijtima' dan berbagai-bagai program lain dengan mengambil kira siapa yang hadir.

SEPULUH KAEDAH

Di sana ada beberapa kaedah yang boleh kita ikuti.
Kaedah-kaedah ini merupakan dasar yang memandu para da'ie dalam kerja-kerja serta mempunyai kaitan dengan kejayaan masa depan da'wah.

1. Qudwah sebelum da'wah.

2. Jinakkan dahulu sebelum memberi takrif Islam.

3. Berikan pengertian Islam dahulu sebelum kita berikan tanggungjawab. Ilmu yang diberikan mestilah disertai dengan wa' (kesedaran) yang sebenarnya. Anggota-anggota kita mestilah diberikan kefahaman sehingga dia sedar, selepas itu barulah kita berikan tanggungjawab-tanggungjawab.

4. Mengansur-ansurkan kenaikan keahlian seseorang sebelum memberikan tanggungjawab.

5. Permudahkan, jangan menyukarkan.

6. Berikan usul sebelum memberikan yang furu'.

7. Memberi perkara-perkara yang menggalakkan sebelum memberi perkara-perkara yang menakutkan.

8. Berikan kefahaman sehingga sedar, kemudian barulah diberikan pelajaran-pelajaran.

9. Mendidik, bukannya mendedahkan kelemahan-kelemahan atau keaiban-keaiban.

10. Menjadi penuntut kepada Imam (guru), bukan kepada kitab.




Baca Seterusnya...

Monday, July 27, 2009

~Musafir Mengeratkan Ukhuwah~

Lame x update blog...x sempat pon nk update...ni sebahagian gambar sewaktu makan n.minyak abg Nasrul...bermusafir bersama ustaz Hazmi & sahabat-sahabat ke Felda Keratong,kemudian ke Muktafi billah...seterusnya ke Jengka..huh...berjalan jer hujung minggu tp, alhamdulillah bnyk jgk input yg dpt..insyaallah..




Menunggu kehadiran pengantin...








Dahsyatnya makang...hehe










akhirnya smpai jgk pengantin...cpt btl ust bergambar...heh








Bergambar kenangan bersama pengantin...
Baca Seterusnya...

Monday, June 22, 2009

Da'ie dan Posmen


"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (al-Baqarah ;30)

Menyedari diri yang ditaklifkan dengan amanah berat seorang khalifah, terkadang diri merasa tidak mampu. Dengan segala kekurangan yang meliputi diri, ramai yang menolak untuk memikul tanggungjawab ini. Namun, berkat rahmat dan kasih sayang-Nya…Dia membukakan pintu hati untuk melangkah ke depan, mempermudahkan segala urusan, melicinkan segala perancangan dan menunjukkan jalan… sehingga berkat usaha dan penat lelah, maka terbinalah wajah-wajah baru yang memancarkan cahaya Islam yang dulunya diliputi kabut dan debu Jahiliah. Betapa lemahnya seorang hamba, pelupa sifatnya….terkadang diri merasa begitu berjasa. Bisikan syaitan pastinya sentiasa cuba menyesatkan anak Adam tidak terlepas yang bergelar para da’I dan da’iah.

Tatkala melihat anak didik yang dulunya jahil, jauh dari kehidupan islam mula mengenal tentang Islam, lantas mengorak langkah mendaki anak tangga menuju keredhaan Ilahi, dan menapak bersama di jalan dakwah hati mula berbunga-bunga…syaitan mula menyucukkan jarumnya, di hati para da’ei. “wah, hebatnya dia sekarang. Kalaulah bukan kerana usahaku dulu tentu dia masih lagi hanyut dengan perkara lagha.

…….” “wah, hebat anak usrahku, berkesan rupanya didikanku selama ini” ….

Dan berbagai lagi bisikan lain, semuanya bertujuan memesongkan tujuan sebenar seorang da’ei berada di jalan da’wah. Para da’ei mula mengira-ngira sudah berapa ramai anak didik yang berjaya di sedarkan dan dikembalikan, mengira-ngira begitu banyak jasa ditabur buat umat manusia… Menerbangkan mereka dalam angan-angan dan ta’jub pada diri…sehingga tujuan sebenar untuk mencari keredhaan Allah mula dikaburi oleh puja dan puji manusia.


Demi mengelakkan dari semua fitnah-fitnah syaitan ini, seorang da’ei itu perlu menyedari bahawa dia hanyalah seorang insan biasa yang juga mengharapkan Hidayah dan petunjuk dari Allah, bukan sebagai pemberi petunjuk. Ia bolehlah dianalogikan da’ei itu seperti seorang ‘posmen’. Ya, hanya seorang posmen yang tugasnya menyampaikan surat-surat, dan hadiah dari pemberi kepada penerimanya. Hanyalah sebagai media perantara. Dalam keadaan seorang da’ei, kita tidak lebih hanyalah seorang insan yang diamanahkan untuk meyampaikan Hidayah Allah kepada sesiapa yang dikehendaki olehNya.

Hidayah Allah tak akan sampai atau terhalang hanya semata-mata kerana sedikit atau banyaknya usaha kita. Semuanya telah tertulis di Luh Mahfuz. Dan apa yang kita lakukan sekarang adalah dalam rencana mencari keredhaan-Nya, untuk lebih dekat kepadaNya. Sebagai tanda syukur kita kepada Allah atas nikmat iman dan Islam ini. Ini semua semata-mata untuk menyedarkan kita bahawa kita tetap seorang hamba yang lemah, tidak lebih dari itu. Moga-moga, setiap usaha yang kita lakukan di jalan dakwah semakin mendekatkan kita kepada redhaNya bukannya menjadikan kita semakin merasa hebat di kalangan manusia sekeliling.

Bersyukurlah wahai posmen-posmen, kerana..walaupun kita hanyalah posmen, tetapi kerana kerja itulah kita boleh mendekati BOS kita, kita boleh mengenaliNya lebih dekat, malah Dia juga mengenali kita,insyaallah. Tidak semua orang boleh sedekat itu, melainkan mereka-mereka yang sudi menghambakan diri untuk menjadi posmenNya. Semakin banyak kiriman yang dihantar, semakin bagus prestasinya, maka semakin ia disayangi.tapi, jangan dilupa posmen juga memerlukan 'kiriman' Allah. Sentiasalah kita berusaha memperbaiki dan bermuhasabah tentang keadaan kita agar kita tidak lupa dan makin jauh dari Allah, sedangkan kita bertungkus lumus, menyampaikan 'kiriman-kiriman' Allah buat umat manusia. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 44,

"Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebaikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri....."

Seorang posmen itu, akan dinilai oleh Tuannya, samada tugasnya dijalankan dengan baik atau tidak. Prestasi kerjanya bukanlah semata-mata penentu untuk kiriman tersebut sampai atau tidak kepada manusia kerana Dia yang mengirimkan berkuasa untuk menyampaikan kiriman tersebut walaupun tanpa bantuan posmen tersebut. Bila Allah menginginkan pasti ia akan berlaku. Ada yang begitu hebat usahanya tapi ia masih tidak mampu menyampaikannya, sepertimana yang berlaku kepada Nabi Nuh. Baik atau buruk komitmen kita dalam menyampaikan kiriman akan menjadi markah sebagai penilaian oleh Allah. Semakin tinggi komitmen yang diberikan oleh posmen tersebut kepada pekerjaannya, maka semakin dia mendapat tempat di hati BOS nya, dan semakin tinggi darjatnya berbanding posmen-posmen yang lain.

Dalam menyampaikan 'kiriman', kita akan berdepan dengan pelbagai situasi dan cabarannya. samada pengakhirannya ia diterima atau tidak, bukan kita yang menentukannya. Jangan terlalu kecewa andai kiriman tidak sampai, tapi fikirkanlah apakah kita telah berusaha sebaik mungkin Andainya kiriman tersebut tidak juga sampai, setelah kita berusaha sebaik mungkin, maka serahkanlah semuanya kembali kepada pengirimnya, kerana Dia lebih mengetahui. Dan jangan terlalu berbangga bilamana kiriman tersebut telah selamat diserahkan pada yang berhak, kerana tiada apa yang kita berikan, semuanya telah ditentukan oleh Allah, kita hanyalah sebagai asbab untuk mereka mendapat petunjuk..

."Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri" (Surah al-Hadiid;22-23).

Teruslah berkerja wahai posmen! Kerana gajinya hanya boleh kita peroleh di akhirat kelak. Andai kerja kita bagus, mungkin ada BONUS buat kita. Wallahu’alam.
Baca Seterusnya...

Thursday, June 18, 2009

Da'ie dan Ilmu

Seorang da’ie harus memahami bahawa jalan dakwah tidak pernah sunyi daripada ujian dan dugaan. Al-Quran telah berulang-ulang kali memberikan peringatan dan perangsang;

“Maka bersabarlah kamu seperti orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul- rasul telah bersabar dan janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi mereka...”
(Al-Ahqaf: 35)

“Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).”
(Luqman: 17)


Seorang da’ie itu harus mempunyai ketabahan hati agar mampu berhadapan dengan bermacam dugaan dan cubaan. Tambahan lagi, dugaan dan cubaan itu datangnya daripada sumber yang pelbagai.

Sumber kekuatan untuk berhadapan dengan segala macam dugaan dan cabaran tidak lain dan tidak bukan adalah daripada Allah S.W.T. Oleh sebab itu seorang da’ie perlu berusaha membina hubungan yang baik dengan Allah S.W.T.

“Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat). Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai satu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. Dan katakanlah: ‘Ya Yuhanku, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong.’'
(Al-Israa’: 78-80)

Bagaimana ya nak membina hubungan???

Dalam kita hendak membina hubungan yang mantap dengan pencipta kita, Allah s.w.t, kita seharusnya melengkapkan diri dengan ilmu. Sebenarnya banyak cara untuk membina hubungan dengan Allah s.w.t. Namun, saya ingin mengambil point ilmu. Ilmu adalah milik Allah. Bilamana kita melengkapkan diri kita dengannya, nescaya kita dapat mengenal Allah dan seterusnya mendekatkan diri denganNya. Kelemahan para da’ie adalah kerana kurangnya ilmu. Ini membuatkan da’ie mudah berputus asa dan tewas di pertengahan jalan. Jalan dakwah merupakan jalan yang cukup-cukup berduri. Yang hebat terus mampu bertahan, yang lemah akan tewas. Dalam menjalankan dakwah, seorang da’ie perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu.

Seorang ustaz pernah meluahkan kata-kata beliau kepada saya. Beliau mengatakan, da’ie kini lebih berminat dengan ilmu haraki, tetapi bila ada kelas @ kuliah berkaitan ilmu fiqh, tidak ramai yang berminat. Hakikatnya, ilmu fiqh merupakan suatu yang cukup-cukup penting pada masa kini dan tidak boleh diabaikan. Da’ie kini terlalu menumpukan kepada ilmu haraki semata-mata, namun pada masa yang sama mengabaikan ilmu-ilmu lain termasuk ilmu-ilmu asas yang perlu dan wajib difahami seorang Islam. Sekiranya ditanya mengenai rukun Solat, ada da’ie yang tidak mampu menjawabnya, tetapi bila ditanya berkaitan arkanul baiah (Rukun Baiah),mampu pula dijawabnya. Perkara ini benar-benar berlaku dan bukan rekaan semata-mata. Memang betul rukun baiah itu penting tetapi rukun Solat lagi penting. Tidak sempurna rukun solat, maka tidak sahlah solat kita.

Sabda Rasulullah s.a.w

“Sesungguhnya perkara pertama yang akan di hisab bagi seseorang hamba di hari kiamat dari amal-amalnya ialah solatnya, jika solatnya baik maka dia termasuk dalam orang yang bahagia lagi beruntung dan jika solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung...”
(H.R Abu Hurairah)


Ayuh sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, marilah kita lengkapkan diri dengan ilmu. Adik-adik baru bakal masuk tidak lama lagi. Mantapkan persediaan kita. Tunjukkan kepada adik-adik, kita sudah bersedia menerima mereka. Yang sudah tamat belajar,INGAT!!! jalan dakwah di luar tidak semudah di dalam kampus. Kita rasa jalan dakwah di kampus sudah amat mencabar, namun di luar sana jalannya adalah berkali-kali ganda mencabar.Wallahu’alam.

Khubaib bin Adi ra. berkata ketika disiksa oleh musuhnya, “Aku tidak peduli, asalkan aku terbunuh dalam keadaan Islam. Dimana saja aku dibunuh, aku akan kembali kepada Allah. Kuserahkan kepada Allah bila saja Ia berkehendak. Setiap potongan tubuhku akan diberkatinya”.

Baca Seterusnya...

Monday, June 15, 2009

Hampirnya Kiamat...

Bumi semakin tua. Digambarkan sewaktu peristiwa Isra’ dan Mi’raj, Rasulullah s.a.w menemui seorang perempuan tua bongkok tiga yang menahan Rasulullah untuk bertanya sesuatu. kata Jibrail; “Itulah gambaran usia dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.” Selain itu, kematian demi kematian alim ulama’ membuktikan bahawa kiamat semakin hampir. Suatu hadis Rasulullah s.a.w yang dipetik daripada 40 Hadis Akhir Zaman, menceritakan bagaimana pada suatu saat ilmu agama dan alim ulama’ diangkat daripada muka bumi oleh Allah s.w.t. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."
H.R. Muslim

Hadis ini membuktikan bahawa saat kehancuran bumi semakin hampir. Seorang demi seorang ulama’ telah dijemput untuk bertemu Allah s.w.t hinggalah pada suatu saat, tiada lagi alim ulama’ di muka bumi ini.

Pada 13 Jun 2009 kita telah menerima berita kematian seorang mujahid dan ulama’ agung iaitu almarhum al ustaz Dr. Fathi Yakan. Kembalinya seorang mujahid setelah sekian lama menahan rindu bertemu Allah s.w.t setelah menghabiskan usianya di medan perjuangan. Apabila disebut tentang almarhum, kita pasti akan teringat kepada karya beliau iaitu Apa Ertinya Saya Menganut Islam (Maza Ya’ni Intimai LilIslam). Buku ini merupakan antara salah satu karya awal yang mula-mula saya baca. Umat Islam pasti merasai pemergiannya. Namun, Yahudi laknatullah tentunya sedang bergembira mendengar perkhabaran ini.

Kini almarhum telah pergi mengikut para Syuhada’ yang telah lama kembali ke rahmatullah. Perjuangan tetap akan diteruskan. Ruh perjuangan beliau telah menusuk hati ramai pemuda dan pemudi untuk terus berjuang dan berjuang menegakkan agama Islam yang tercinta. Moga-moga kita akan terus tetap mengikut jejak beliau dan para pejuang hinggalah kita dijemput untuk menemui Pencipta. Wallahu’alam.

“Keberkatan & kemanisan dalam perjuangan hanya untuk mereka yang sanggup berjihad dalam kepayahan, Mampu berkorban dalam tangisan serta rela imannya diuji dalam keperitan.”





Baca Seterusnya...

Tuesday, June 9, 2009

Tergolongkah kita???

Teringat pada suatu hadis Rasulullah s.a.w berkenaan dengan 7 golongan yang akan mendapat naungan di akhirat kelak. Moga-moga ukhuwah yang terbina bersama senior-senior dan sahabat-sahabat sekalian menjadikan kita salah satu daripada golongan tersebut.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda:
"Tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya: Imam yang adil; pemuda yang membesar dengan beribadat kepada Allah; insan yang hatinya terpaut dengan masjid; dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah; insan yang diajak (digoda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik lalu ia berkata: 'Sesungguhnya aku takutkan Allah'; insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya; insan mengingati Allah secara bersunyian lalu berlinangan air mata."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

***Khas buat senior-senior yang dh kuar & yang akan kuar (Abg Nasrul) (Lagu Tema)

Bingkisan Rindu
Far East

Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Sudah bertahun lama
Kita tidak lagi bersua
Hanya tinggal kenangan
Yang tak mungkin kita lupa

Kirimkan khabar selalu
Seiringan hembusan bayu
Sekadar pengubat rasa rindu dikalbu

Pantas masa berlalu
Meninggalkan kita semua
Tanpa disedari bertambahlah usia kita

Potret lama masih kusimpan
Kubingkaikan kenangan
Hingga terkadangku
Tersenyum sendirian

Oh perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapanku kau kan bahagia selalu

Padaku engkau penghibur duka
Pengubat hati resah kecewa
Dikala malamku kau bawa cahaya

Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapan ku kau kan bahagia selalu

Sematkanlah bingkisan rindu dikalbu
Baca Seterusnya...

~Bersama senior~

Beberapa hari yang lepas, saya sempat ber’ym’ dengan seorang senior yang insyaallah dalam masa terdekat akan menamatkan zaman bujangnya (Tahniah3!!!). Merupakan seorang tutor (bakal melanjutkan pelajaran di peringkat Master,Insyaallah) di UMP dan mantan YDP.

“Ade mane?bile nok mari UMP ning???”
“ade kursus nih…esok malam ade kat UMP” jwb senior.

Hehe…jawapan yang ditunggu-tunggu…buleh makan free…bile lagi nok kebas duit orang nak kahwin nih.





Nilah senior tu...abe nasrul







Antara sahabat-sahabat yang hadir makan free..hehe
(Akmal,irsyad n nizam dalam gmbr)






Bersama dengan nizam...(mulut penuh tuu...)







Irsyad dan abe nasrul...(bakpe rapat ngat??amik tips ke?..hehe)








Izzul (budak tough)...katang budok nih...heh




Syukran yer abe nasrul...pahni kami datang makan free kat umah plok...tahniah!!!
Selamat Mendirikan rumahtangga...moga dalam rahmat Allah selalu...

Baca Seterusnya...

Monday, June 8, 2009

~Salam Perjuangan~

Bismillahirrahmanirrahim.

"bilenya nok muncul blog???Asyik kobek hok orang len jer"tanya seorang sahabat.

Saya mulakan dengan pertanyaan sahabat saya. Soalan yang sering keluar dari mulut sahabat saya. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana limpah kurniaNya, dapat juga saya menyiapkan blog ini. Setelah sekian lama memendam cita-cita untuk berblog, akhirnya berjaya juga saya mengikuti jejak langkah sahabat dan sahabiah yang telah lama menceburi bidang penulisan melalui blog. Moga-moga dengan adanya blog ini, dapat membantu saya dalam meneruskan kerja dakwah melalui penulisan, seterusnya dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Insyaallah. Saya akhiri dengan kata-kata dari Saidina Ali bin Abi Talib K.W.

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.

Baca Seterusnya...
Related Posts with Thumbnails