Salam ziarah buat semua sahabat-sahabat seperjuangan. Moga-moga dengan sedikit perkongsian ini, akan mengeratkan lagi ukhuwah kita. InsyaALLAH.Jiwa umat Islam tidak harus kecewa menyaksikan kekalahan. Biarkan kekalahan menjadi penggerak perjuangan, bukan kemenangan yang kita hendak, tapi kebenaran yang kita tuntut.

Friday, July 31, 2009

MASA DEPAN DAKWAH: 10 kaedah

Syeikh Mustafa Mashyur dalam sebuah kitabnya menyatakan, "Da'wah ke jalan Allah adalah suatu kemuliaan dan ibadah". Ini selaras dengan apa yang difirmankan oleh Allah SWT:

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amalan yang soleh dan berkata, "sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?." (Fushilat : 33)

Tambah Syeikh Mustafa Masyhur lagi bahawa setiap ibadah ada fiqhnya yang sempurna dan mendalam serta ada hukum yang wajib kita iltizam supaya lahir ibadah yang betul kepada Allah. Begitu juga da'wah kepada Allah, ada usul fiqhnya yakni kaedah yang perlu dilaksanakan dan diikuti oleh para da'ie bagi menghasilkan natijah yang betul seperti yang Allah kehendaki. Da'wah adalah wasilah yang membuka hati yang tertutup, membuka mata hati yang tidak nampak dan
membuka telinga yang tidak mendengar. Untuk memenuhi maksud da'wah ini maka da'wah merupakan kerja yang memerlukan hikmah yang tinggi, kesabaran, pengalaman dan penelitian. Sifat-sifat da'ie yang memiliki hikmah, penelitian dan kesabaran akan membantunya untuk sampai kepada natijah yang diharapkan. Sekiranya da'ie tidak memiliki sifat-sifat ini maka tindak-tanduknya atau cara da'wahnya boleh menjauhkan mad'u yang diserunya atau boleh menutup terus pintu hati mereka. Firman Allah SWT:

"Serulah kepada jalan Rabmu dengan hikmah dan tunjuk ajar yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik" ( An Nahl : 125)

APABILA KITA MEMPERKATAKAN DA'WAH...

Apabila kita memperkatakan da'wah, maka hendaklah tergambar dalam pemikiran kita perkara-perkara berikut:

1. Maudhu' da'wah.

Dr. Abdul Karim Zaidan dalam buku Usulubul Da'wah menerangkan bahawa maudhu' da'wah adalah Islam yang sempurna.

2. Da'ie.

Pada diri da'ie perlu memiliki sifat-sifat murabbi.

3. Mad'u.

Mad'u ada berbagai kategori:

a. Ada yang jenis Al Malak (golongan atasan, para pemimpin atau yang memiliki kepimpinan).

b. Ada yang jenis orang biasa.

Untuk menda'wahkan Islam kepada mad'u maka kita perlu mengambil kira latarbelakang, akademik, keluarga, jawatan, kedudukan dalam masyarakat dan sifat-sifatnya. Kita boleh memilih sifat-sifat tertentu untuk mendekati dan membimbingnya.

4. Wasail, uslub atau method da'wah.

Ada berbagai-bagai methodologi atau seni da'wah yang boleh kita pergunakan. Menurut Syeikh Mustafa Masyhur,
"Islam itu kita perlu ketengahkan kepada masyarakat dengan memberi penjelasan dalam bentuk yang sebenarnya." Kita perjelaskan Islam bersumberkan bahan-bahan muktabar seperti takrifan Islam oleh Imam Hasan Al Banna dan penulisan ulamak-ulamak muktabar, melalui aktiviti halaqah, usrah, ijtima' dan berbagai-bagai program lain dengan mengambil kira siapa yang hadir.

SEPULUH KAEDAH

Di sana ada beberapa kaedah yang boleh kita ikuti.
Kaedah-kaedah ini merupakan dasar yang memandu para da'ie dalam kerja-kerja serta mempunyai kaitan dengan kejayaan masa depan da'wah.

1. Qudwah sebelum da'wah.

2. Jinakkan dahulu sebelum memberi takrif Islam.

3. Berikan pengertian Islam dahulu sebelum kita berikan tanggungjawab. Ilmu yang diberikan mestilah disertai dengan wa' (kesedaran) yang sebenarnya. Anggota-anggota kita mestilah diberikan kefahaman sehingga dia sedar, selepas itu barulah kita berikan tanggungjawab-tanggungjawab.

4. Mengansur-ansurkan kenaikan keahlian seseorang sebelum memberikan tanggungjawab.

5. Permudahkan, jangan menyukarkan.

6. Berikan usul sebelum memberikan yang furu'.

7. Memberi perkara-perkara yang menggalakkan sebelum memberi perkara-perkara yang menakutkan.

8. Berikan kefahaman sehingga sedar, kemudian barulah diberikan pelajaran-pelajaran.

9. Mendidik, bukannya mendedahkan kelemahan-kelemahan atau keaiban-keaiban.

10. Menjadi penuntut kepada Imam (guru), bukan kepada kitab.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails