Salam ziarah buat semua sahabat-sahabat seperjuangan. Moga-moga dengan sedikit perkongsian ini, akan mengeratkan lagi ukhuwah kita. InsyaALLAH.Jiwa umat Islam tidak harus kecewa menyaksikan kekalahan. Biarkan kekalahan menjadi penggerak perjuangan, bukan kemenangan yang kita hendak, tapi kebenaran yang kita tuntut.

Thursday, October 21, 2010

Design Kempen Biah Solehah UMP 2010

design sticker

Baca Seterusnya...

Tuesday, August 10, 2010

~Santapan Rohani di bulan Ramadhan~



Salam Ramadhan semua.
Sekadar perkongsian berkaitan amalan di bulan Ramadhan..

1. Puasa (klu x pose, x jd jgk..ish2)
~~al-Baqarah:183

2. Sahur

3. Terawih
( Sebulan jer dalam setahun, klu blh jgn tinggalkan walaupun bermusafir)
Sape nak sembahyang 8 rakaat, sembahyanglh..sape nak sembahyang 20 rakaat, sembahyanglah...jgn gaduh2...yg salah adalah x sembahyang..

4. Solat Sunat witir

5. Menghidupkan malam dengan solat-solat sunat.
*tahajjud
*solat hajat
*solat taubat


6. Tadarus
(sebaik-baiknya bertadarus) atau membaca al-Quran (target 1 juzuk sehari)

7. Bersedekah

8.Menyediakan makanan kepada yg berpuasa.

dan lain-lain amalan.

Moga-moga amalan kita di bulan Ramadhan ini, diterima Allah...Tingkatkn ketaqwaan pada Allah s.w.t melalui ibadah-ibadah padaNya. Insyaallah =)

Baca Seterusnya...

Monday, August 9, 2010

~Ahlan wa sahlan ya Ramadhan~


~Ahlan wa sahlan ya Ramadhan~
Mohon maaf kepada seme sahabat-sahabat. Moga-moga Ramadhan kali ini, menjadi Ramadhan yg terbaik pernah kita lalui. Sama-sama tingkatkan ibadah dan kualiti ibadah. Insyaallah.



Baca Seterusnya...

Wednesday, July 14, 2010

Jauh


****Khas buat ahli keluarga dan sahabat-sahabat yg dikasihi sekalian =)


Mirwana
JAUH


Sepi jiwaku sepi kerna kau tiada di sisi
Sunyi hatiku sunyi tanpa kehadiranmu kasih
Doaku semoga dirimu bahagia

Aku yang kini jauh
Damba keampunanmu
Khilaf antara kita
Kan terlerai akhirnya

Bersama kasih kita dan cinta
Moga berbahagia meniti harimu yang indah
Setia kunanti tiba saatnya kitakan bersua
Doaku semoga dirimu sejahtera


Aku yang kini jauh
Damba keampunanmu
Khilaf antara kita
Kan terlerai akhirnya


Jauh kita terpisah dibatasi jarak dan masa
Dirimu tak pernah kulupa
Terus kunanti setia
Saat Indah kita bersama
Bersama kasih kita dan Cinta


Diriku yg kini jauh
Damba keampunan darimu
Semua khilaf antara kita
Kan terlerai jua akhirnya

Baca Seterusnya...

Monday, July 12, 2010

Latihan Iman



Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi kekuatan kpd kita untuk meneruskan hidup di atas muka bumiNya. Agak lama ana tidak mengepos entri dalam blog ini…nak kate sibuk, tidak…nak kate buat-buat sibuk, mungkin ya…cukup hina diri ini, kerana lalai dalam mengingati Allah…rumah Allah amat dekat sekali, tetapi hati jauh sekali dari rumahNya…nauzubillah. Sekiranya di UMP, selalu shj solat berjemaah, namun bila berada di luar UMP, tidak terjaga solat jemaahnya.

Kini genap sebulan ana menjalani LI di Pasir Gudang. Sebelum ini pernah menjadi warga Kedah (UTARA), warga Pahang (TIMUR), dan kini menjadi warga negeri Johor (SELATAN). Pelbagai pengalaman yang diperolehi. Pahit, manis,masin dan masam..huhu

Teringat kata-kata sahabat dan senior tentang LI. Latihan Industri (LI) juga boleh dipanggil LATIHAN IMAN. Melatih iman tatkala diri jauh dari sahabat-sahabat seperjuangan. Begitu kuat cabaran dan dugaan sehinggakan diri begitu jauh dari perjuangan Islam. Sekiranya iman lemah, nescaya akan tewaslah kita pada godaan-godaan. Sesungguhnya iman manusia itu menaik dan menurun. Alangkah hinanya sekiranya iman kita terus menurun tanpa meningkat langsung. Nauzubillah.. Sebulan berada di Johor, tiada langsung rasanya sumbangan diberikan pd Islam. Asyik sibuk menjadi hamba kerja. Kadang-kadang terfikir, alangkah bagusnya dapat terus berjuang di universiti. Tetapi hakikatnya, perjuangan yang sebenar, adalah tatkala berada di luar. Hebat di universiti, tidak bermakna akan hebat juga di luar.

Sebenarnya entri kali ini, nak bercerita tentang LI, tapi x tercerita plak. Banyak cerita menarik LI nih. Hari pertama,OT smpai jam 10 mlm, duduk dalam chamber 0 dan -10 darjah celcius,buat macam-macam test dan lain-lain lagi. Tetapi yang paling best ialah, kilang shutdown 2 hari..haha..dapat balik rumah, Alhamdulillah. Melihat wajah ibu ayah menaikkan kembali semangat. Semangat yang hilang pada minggu pertama dan kedua. Akhirnya, kembali bersemangat setelah bertemu mereka. Kepada yang masih ada ibubapa, jangan lupa balik kampung atau sekurang-kurangnya telefon mereka. Jangan asyik nak telefon pakwe makwe jer. Akhir sekali, jangan tinggal SOLAT. Wallahu’alam


***maaf sebab x tersusun...memang nak mengarut jer dalam entri kali nih =)

Baca Seterusnya...

Thursday, June 3, 2010

Risalah "Jalan-jalan Syurga"


Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!

***diambil dari yahoogroup

Baca Seterusnya...

Monday, May 17, 2010

Ini Pun Dakwah...

Jika bertemu maka berilah salam
Ucapan salam adalah langkah pertama memulakan perkenalan. Perkenalan akan makin mantap sekiranya diikuti dengan berjabat tangan disertai dengan wajah yang berseri dan senyuman. Kemudian barulah, perkenalan dilanjutkan dengan lebih detail.Jika tidak kelihatan, maka carilah.Sekiranya orang yang anda kenal sudah lama tidak dilihat dalam tempoh yang tertentu, maka carilah tahu. Samada melalui telefon, sms, FB atau apa-apa cara sekalipun.

Jika sakit, maka jenguklah
Setiap orang akan tiba waktunya merasai kesakitan, kegembiraan atau kesedihan. Sekiranya mendengar sahabat yang dalam keadaan sakit, maka jenguklah. Seeloknya membawa hadiah atau buah tangan.
“Hendaklah kalian saling member hadiah , kerana hadiah itu menjadikan kalian saling mencintai” (HR Malik dalam Al-Muwatha’)

Di tempat sahabat anda, anda akan dapat berkenalan dengan sahabat-sahabatnya yang lain. Maka semakin banyak kenalan anda.

Jika diundang, maka penuhilah.
Apabila diundang, maka hendaklah dipenuhi. Dengan dipenuhi, maka akan lebih erat ukhuwah antara sahabat-sahabat.

Jika bersin dan mengucapkan “hamdalah” maka jawablah “yarhamukallah”
Apabila duduk di sebelah orang yang belum dikenali, lalu orang itu bersin, maka hendaklah menoleh kepadanya dengan wajah yang berseri-seri sambil mengucapkan “yarhamukallah”. Tentunya hal ini menjadikan titik permulaan kepada perkenalan.

Jika meninggal dunia, maka iringilah
Jika sebelum meninggal, anda dapat mengenal diri peribadi orang yang meninggal dunia, maka sewaktunya meninggal dunia, gunakanlah kesempatan itu untuk menziarahi keluarganya dan ucapkanlah takziah.

***dipetik dari Bagaimana Menyentuh Hati

Baca Seterusnya...

Tuesday, May 11, 2010

Surat Ibnu al-Mubarak kepada Fudhai bin 'Iyad.

“Wahai ahli ibadah di dua Tanah Haram,
Kalaulah kamu telah menyaksikan kami,
Maka kamu akan mengetahui bahawa sesungguhnya
Seolah-olah kamu telah bermain-main dalam ibadah,
Kalau orang-orang membasahi pipinya dengan air mata yang mengalir deras
Maka dengan pengorbanan kami, kami mengalirkan darah yang lebih deras,
ataupun kuda-kuda ia kepenatan di dalam perkara batil,
Maka kuda-kuda kami penat dalam melakukan penyerbuan dan peperangan,
Bau wangi-wangian menjadi milikmu,
Sedangkan bau wangi-wangian kami adalah debu-debu di jalanan,
dan sesungguhnya telah datang kepada kami sabda nabi s.a.w.,
Sabda yang benar jujur dan tidak ada kebohongan
Tidaklah sama debu kuda-kuda Allah di hidung seseorang dan asap neraka yang menyala-nyala,
Inilah kitab Allah yang berbicara kepada kami,
Bahawa orang mati syahid tidaklah sama dengan orang yang mati biasa,
Ia tidak akan berbohong”.

Baca Seterusnya...

Monday, April 26, 2010

Syurga Bagi Mereka Yang Bertaubat

“Katakanlah! Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap dirinya sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnyanya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)”. (az-Zumar: 53-54)

“ Menyesal itu adalah taubat.” (riwayat Ahmad Ibn Majah)

ABDUR RAHMAN BIN GHANNAM al-Daws mengisahkan bahawa suatu hari Mu’adz bin Jabal datang kepada Rasulullah. Setelah mengucapkan salam dia memberitahu : “Wahai Rasulullah, di depan pintu ada seorang pemuda segak sedang menangis seperti hamba sahaya kecil kehilangan emaknya. Dia ingin berjumpa denganmu.”

“Suruh pemuda itu masuk wahai Mu’adz” kata Nabi. Mu’adz pun membawa pemuda itu masuk menemui Rasulullah.

“Apa yang membuatmu menangis wahai pemuda?” Tanya Rasulullah.

“Macam mana aku tidak menangis ya Rasulullah, aku telah melakukan dosa besar yang aku rasa tidak mungkin akan diampuni Allah!” jawab pemuda itu.

Rasulullah terus bertanya : Apakah engkau mempersekutukanNya?” Tanya Nabi.

Pemuda itu serta merta menjawab : “Aku berlindung kepada Allah untuk mempersekutukanNya dengan apa jua pun,” jawabnya.

Rasulullah pun bertanya lagi : “Apakah engkau membunuh seseorang yang diharamkan Allah untuk membunuhnya?”

“Tidak ya Rasulullah.”

“Jika begitu Allah akan mengampuni dosa-dosamu meskipun dosamu sebesar gunung yang menjulang ke langit.” Kata Rasulullah.
Pemuda itu tiba-tiba menangis kuat sambil berkata : “Dosaku lebih besar daripada gunung itu!”

“Allah akan mengampuni dosa-dosamu meskipun dosamu sebesar tujuh bumi berikut, lautan dan segala yang ada di dalamnya.” Kata Rasulullah sambil tersenyum.

“Namun dosaku lebih besar daripada itu ya Rasulullah!” jawab pemuda itu lagi.

Dengan sabar Rasulullah bersabda : “Allah tetap akan mengampuni dosa-dosamu sebesar langit dan bintang-bintangnya sekali.”
Lagi-lagi pemuda itu menjawab : “Dosaku lebih besar daripada itu ya Rasulullah!”

“Wahai pemuda! Apakah dosa-dosamu yang lebih besar ataukah Tuhanmu?” Tanya Rsulullah.

Maka pemuda itu tersungkur di hadapan Nabi dan berkata : Subhanallah, tidak ada yang lebih besar daripada Tuhanku.”

“Kalau begitu, dosa apakah yang telah engkau perbuat?” Tanya Nabi.

Dengan air mata yang berlinang pemuda itu pun menceritakan :

“Sudah tujuh tahun ini pekerjaanku mencuri kain kafan mayat yang baru dikuburkan, untuk aku jual ke pasar. Pada suatu hari ada seorang gadis Ansar meninggal dunia. Setelah gadis itu dikubur dan ditinggalkan oleh keluarganya, seperti biasa aku pun mendatangi kuburnya untuk mengambil kain kafannya. Aku gali kuburnya dan aku keluarkan mayatnya, kemudian aku lepaskan kain kafannya daripada tubuhnya. Aku tinggalkan dia dalam keadaan telanjang di kubur, kemudian aku segera pulang membawa kain itu. Setelah aku sampai di rumah aku teringat betapa indahnya tubuh gadis itu, sehingga akhirnya aku tergoda untuk melihatnya kembali. Ketika aku melihat mayat gadis yang telanjang itu, aku tidak dapat menguasai diriku sehingga aku menyetubuhinya. Pada masa itu seolah-olah aku mendengar seseorang yang mengatakan : “Wahai pemuda, celakalah engkau di hadapan penghisab di hari kiamat kelak, tempatmu adalah di neraka….” Aku segera sedar dan merasa takut sekali, bagaimana menurut pendapatmu ya Rasulullah?” Tanya pemuda itu mengakhiri kisah perbuatan dosa-dosanya.

Mendengar kisah pemuda itu, Rasulullah sangat tekejut dan berkata : “Pergilah engkau daripada sisiku. Aku takut akan terbakar bersama apimu!”

Pemuda itu pun segera pergi meninggalkan Rasulullah dengan wajah yang sangat murung. Dia pergi ke Madinah dan di tempat itu dia menangis selama empat puluh hari empat puluh malam, memohon ampun kepada Allah. “Ya Allah, ampunilah segala dosa dan kekhilafanku dan berikanlah wahyu kepada Nabi-Mu. Jika Engkau tidak mengampuniku, maka berilah segera aku seksaan yang menghancurkanku di dunia ini, tetapi selamatkanlah aku daripada seksaanMu di hari kiamat nanti…!”

Rupa-rupanya taubat pemuda itu diterima Allah. Allah swt kemudian menurunkan wahyu sepotong ayat kepada Rasulullah :

“Dan(juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa kecuali Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah keampunan daripada Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.” (Ali-Imran 135-136)

Selepas menerima wahyu itu, Rasulullah bersama para sahabat keluar mencari pemuda itu. Ditemuinya pemuda itu berada di antara dua batu besar dalam keadaan lemah dengan mata yang bengkak kerana terlalu banyak menangis. Rasulullah mendatangi pemuda itu dan membersihkan debu-debu yang melekat di kepalanya sambil berkata:

“Aku ingin memberi khabar gembira kepadamu bahawa engkau kini telah dibebaskan Allah daripada api neraka.”

Rasulullah kemudian berpaling kepada para sahabatnya yang menyertai baginda seraya bersabda : “Beginilah hendaknya kalian menyertai dosa-dosa yang kalian perbuat, seperti yang dilakukan pemuda ini.”


***sedikit perkongsian untuk diri ana dan sahabat-sahabat...moga-moga kita sentiasa ingat kasih Allah pada kita =)
***janganlah pernah berputus asa terhadap rahmat dan ampunan Allah.

Baca Seterusnya...

Tuesday, April 20, 2010

Siapakah mereka???


Siapakah makhluk-makhluk diatas (kecuali ana)??

tiada apa yg ingin ana diceritakan melainkan hanya ucapan

"antum memang best!!!"

~Doa Rabithah~
Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

-Izzatul Islam-

p/s: bila nk belanja??hehe

Baca Seterusnya...

Sunday, April 18, 2010

Peribadi Da'i Penentu Kejayaan Dakwah


Individu merupakan komponen terkecil dalam susunan masyarakat. Individu memegang peranan penting dalam menentukan perjalanan dan bentuk masyarakat itu sendiri. Oleh kerana itu, yang menjadi tonggak gerakan kita adalah individu, kemudian keluarga dan akhirnya masyarakat. Maka perbaikilah diri kita terlebih dahulu di samping menyeru orang lain ke jalan kebenaran. Peribadi-peribadi mukmin yang sebenar akan membuka banyak peluang berjayanya seruan dakwah. Maka pembentukan peribadi Islam (takwin asy-syakhshiyah al-islamiyyah) merupakan aspek yang cukup penting.

Seorang da’i perlulah melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan teknik-teknik yang akan membantu untuk menjayakan dakwah fardiyyah. Dakwah fardiyyah (dakwah secara individu) memerlukan persediaan yang mantap dalam diri setiap da’i. Seorang da’i yang lemah dalam berinteraksi akan menyebabkan dakwahnya agak susah untuk berjaya. Kejayaan dalam dakwah bergantung pada usaha dan tawakkal kita kepada Allah s.w.t. Dakwah yang sambil lewa tidak mampu untuk menarik manusia yang berada dalam kehinaan menuju kemuliaan di bawah naungan cahaya Islam.

Tugas kita sebagai da’I adalah untuk memperbetulkan pendapat umum yang salah terhadap Islam. Sekiranya individu berubah menjadi baik, maka masyarakat pun akan menjadi baik, dan dengan sendirinya Islam akan tertegak. Cara bertutur dan penampilan seorang da’I akan menarik perhatian orang yang mendengar dan melihatnya, kerana pada dasarnya jiwa manusia cenderung dan tertarik dengan penampilan yg indah dan baik. Dari sini, kita dapat lihat bahawa individu-individu yang dipilih untuk dimasukkan dalam pasaran dakwah adalah orang yang berkualiti dan baik penampilannya.

Imam Hasan al-Banna pernah ditanya , “Kenapa anda tidak menyusun buku?” Beliau menjawab, “Tugas saya bukanlah untuk menyusun buku, kerana buku biasanya diletakkan di perpustakaan dan sedikit orang yang membacanya. Lain halnya seorang muslim, ia adalah ‘buku yang sentiasa terbuka’ kemana pun ia berjalan, itu adalah dakwah.” Betapa banyak da’i yg tidak pndai berbicara, tetapi dengan rahmat Allah banyak mad’u yang berdiri di sampingnya disebabkan oleh getaran jiwa, pantulan wajah, kelembutan perasaan, keimanan mendalam (al-iman al-amiq) serta pemahaman yang mantap dan syamil (al-fahmu ad-daqiq) yang dimiliki da’i.
Wallahu’alam

Dipetik dari buku Bagaimana Menyentuh Hati (Abbas As-Siisiy)

Baca Seterusnya...

Monday, April 12, 2010

11 April 2010...

Tanggal 11 April 2010 merupakan hari terakhir ana memegang jawatan Pengerusi Sahabat Masjid (SAHAM) bagi sesi 2009/2010. Setelah dua sesi ana pegangnya, akhirnya tiba masa untuk ana menyerahkan jawatan kepada yg lebih layak.

Satu majlis telah diadakan dan merupakan pertama kali diadakan sepanjang penubuhan Sahabat Masjid (SAHAM) iaitu Majlis Wida’ & Penyerahan Tugas. Tujuannya adalah untuk menghargai jasa-jasa dan pengorbanan barisan Nuqaba’ khususnya yang berada di tahun akhir, juga menghargai pengorbanan adik-adik dalam membantu menggerakkan aktiviti dakwah seperti program Kembara ’10.

Satu program yang sangat bermakna bagi ana dan sahabat-sahabat. Dengan adanya kejutan yang dirancang untuk ana dan sahabat-sahabat yang akan LI dan juga melihat semangat adik-adik untuk menjayakan Majlis ini. Jutaan terima kasih ana ucapkan kepada adik-adik dan sahabat-sahabat yang telah bersusah payah untuk menjayakan program kali ini. Sesungguhnya tanpa bantuan & kehadiran antum semua, program ini tidak akan berjalan lancar & kurang bermakna. Terima kasih ya Allah kerana memberikan sahabat-sahabat yang baik pada kami =)

Di kesempatan ini, ana ingin memohon maaf atas segala kesalahan sepanjang ana memegang jawatan tersebut. Maaf atas amanah yang tak terlaksana. Tiada jawatan tidak bermakna ana akan berhenti dari lapangan dakwah. Doakan ana & sahabat-sahabat yang akan keluar menjalani LI agar kami sentiasa istiqamah dalam menegakkan agama Islam. Kepada adik-adik yang diamanahkan dengan jawatan, jangan mudah tertekan dengan jawatan yang diberikan. Berikan usaha antum yang terbaik, moga-moga Islam akan terus tertegak di bumi UMP. Insyaallah.. =)

Bersiap sebelum masjlis...ade pak andam..hehe

barisan MT SAHAM 2009/10

barisan MT SAHAM 2009/10

dpt kek dr adik2 =)

majlis potong kek=)

satu lagi 'surprise'

***bittaufiq wannajah fil imtihan utk seme =)
***doakan ana n sahabat-sahabat dpt tmpt LI...huhu
***syukran seme =)=)

Andai hatimu rasa terharu... ketahuilah aku juga begitu... bukan sekali ini, tapi telah berulang kali... dikau hanyalah musafir yang bermukim di teratak ini... sampai masa kau akan terharu membawa diri pergi... namun aku permastautin yang masih di sini... bingung melihat kalian datang dan pergi... terharu pd yg akan pergi, tetapi harus tabah utk menyemai benih kasih pd yang baru...
-Ustaz Hazmi-


Baca Seterusnya...

Monday, April 5, 2010

Jika Terakhir Buatku..

Alhamdulillah, baru sajer pulang dr perkhemahan Sahabat Masjid (SAHAM) di Lubuk Semak. Suati perkhemahan yg cukup menarik. Entri kali ini bukanlah utk menceritakan berkenaan perkhemahan, tetapi hanyalah untuk berkongsi lirik sebuah lagu yang cukup best dan boleh mengingatkan kita pada kematian. Insyaallah.


Jika Terakhir Buatku
Artis: Saujana
Album: Nota Cinta


oh Tuhan hambaMu ini kekeliruan
sukar mencari jalan yang benar
kerna dipaut hasut dunia
mencintai yang lain lebih dariMu

oh Tuhan hidayahMu pernah hadir
hingga kering air mataku menitis
namun terkadang aku berpaling
kerna mengejar nikmat dunia sementara

hari ini ku bimbangi
jika terakhir hidup
adakah lagi subuh esok
untukku bernafas
dan sujud mengabdi
padaMu oh Tuhan

berikan daku kesempatan
menebus kesalahan
lantaran dosa dan noda
dan sengaja melupakanMu
hadirkan damai sebelum di hujung nafasku
hanya padaMu Tuhan

oh Tuhan berikan daku petunjukMu
untukku meniti ke jalan redhaMu
izinkan daku mengulangi janji-janji yang baru
taubat nasuha setulus untukMu
oh tuhan...

hanya kasihMu Tuhan
ampunanMu ku damba

Baca Seterusnya...

Monday, March 29, 2010

dop roknya aku...



Tenaga merupakan suatu yang cukup penting bagi manusia tidak kira agama,bangsa,warna kulit dan lain-lain lagi. Tenaga elektrik, tenaga kinetik, dan pelbagai lagi tenaga diperlukan oleh manusia. Entri ana kali ini bukanlah untuk mengajar konsep fizik, atau mana-mana prinsip yg telah kita pelajari selama kita hidup. Namun, fokus kali ini adalah berkaitan “TENAGA”.

Tenaga memainkan peranan yg cukup penting dalam hidup kita. Bayangkan sekiranya tenaga elektrik yang disalurkan pada rumah, kilang-kilang, pejabat-pejabat,universiti atau mana-mana tempat tiba-tiba sahaja dimatikan dari pusat janakuasa elektrik. Apa yang akan terjadi??Sudah tentu kita akan berada di dalam kegelapan, bidang perindustrian akan lumpuh, kelas-kelas akan dibatalkan (ramai yang suka yg ni..hehe) dan pelbagai lagi impak kepada manusia. Padahal tenaga elektrik itu ada, namun saja tenaga itu dihentikan dan tidak dimanfaatkan.

Demikianlah juga Al-Quran al-Karim. Allah s.w.t telah menurunkan al-Quran kepada kita, dan merupakan sebesar-besar tenaga dalam kehidupan kita. Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Maidah ayat 15-16 yang bermaksud.

“Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyi kan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap-gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.”
(Al-Maidah:15-16)

Al-Quran merupakan pusat penjanaan ‘tenaga’ bagi orang Islam. Namun sumber kekuatan itu kini dicampakkan oleh orang Islam sendiri, sehingga hati menjadi gelap dan perjalanan kehidupan menjadi rosak. Al-Quran kini hanyalah menjadi hiasan di rumah-rumah dan bukan sebagai penghias di hati manusia.

Sahabat-sahabat, bersama-sama kita muhasabah diri kita,sejauh mana kita gunakan al-Quran yang Allah turunkan. Insyaallah =)

Baca Seterusnya...

Monday, March 22, 2010

Makan Daging


Dikeluarkan oleh Abu Ya’la dan Thabrani dari Abu Hurairah ra, katanya: Kami berada bersama-sama dengan Rasulullahsaw tiba-tiba seorang lelaki bangun.

Mereka pun berkata, “Wahai Rasulullah! Alangkah lemahnya lelaki itu.” Atau mereka berkata, “Alangkah lembeknya si fulan itu.”

Mendengar pernyataan itu, Rasulullah saw bersabda, “Kamu telah mengumpat saudaramu dan kamu telah memakan dagingnya.”

Dalam lafadz Thabrani dikatakan bahwa seorang lelaki berdiri dari majlis Rasulullah saw, lalu para sahabat yang hadir melihat kea rah lelaki itu yang dalam keadaan lemah sekali. Mereka pun berkata, “Alangkah lemahnya si fulan.”

Rasulullah saw pun bersabda, “Kalian telah mengumpatnya dan memakan daging saudara kalian.” (At Targhib wa At Tarhib)

Dikeluarkan oleh Thabrani dari Mu’az Bin Jabal ra dengan makna riwayat lalu dengan sedikit tambahan: Mereka berkata, “Wahai Rasulullah saw, kami berkata yang benar dengan keadaannya.”

Rasulullah saw bersabda, “Sekiranya kamu telah mengatakan tentang yang tidak benar mengenainya, kamu telah melemparkan tuduhan terhadapnya.”

Dikeluarkan oleh Al Isbahani dengan isnad hasan dari Amru bin Syu’aib dari ayahnya dari kakeknya bahwa mereka telah berbicara mengenai seorang lelaki, “Ia tidak makan kecuali setelah diberi makanan oleh orang lain dan ia tidak akan bergerak ke suatu tempat kecuali setelah ia digerakkan.”

Maka Rasulullah saw bersabda, “Kamu telah mengumpatnya.”

Dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah dan Thabrani dari Ibnu Mas’ud ra katanya: Kami berada di samping Rasulullah saw ketika seorang lelaki tiba-tiba berdiri dan seorang lelaki lain mengata-ngatai lelaki itu. Maka Rasulullah saw bersabda kepada lelaki yang mengata-ngatai itu, “Bersihkan dirimu dan bertaubatlah.”

Tetapi lelaki itu berkata, “Untuk apa saya membersihkan diri saya.”

Jawab Rasulullah saw, “Sesungguhnya kamu telah memakan daging saudaramu.” (At Targhib wa At Tarhib).

Baca Seterusnya...

Sunday, March 21, 2010

Umat sekarang malu tidak bertempat



DARIPADA Abu Said al-Khudri, katanya: “Rasulullah SAW ialah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu daripada gadis pingitan. Apabila Baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya daripada wajah Baginda.”

Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang, maka yang paling utama adalah ucapan Laa ilaha illallah (Tidak ada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah) dan yang paling rendah adalah membuang duri dari jalan dan sifat malu adalah satu cabang daripada iman.” (Al- Baihaqi)

Dalam perjalanan manusia sebagai hamba untuk mendekatkan diri kepada-Nya, ‘rasa malu’ adalah tangga yang pertama.

Maka, masih sangat jauh sebenarnya kita daripada kewujudan rasa cinta kepada Allah.

Rasulullah sekalipun mempunyai rasa malu terhadap Allah. Hal itu terserlah dalam kisah Mikraj Baginda iaitu pada saat Rasulullah menerima perintah secara langsung agar umatnya mengerjakan solat.

Pada peringkat awalnya, Allah memerintahkan solat sebanyak 50 kali sehari. Baginda menyanggupinya, namun nabi dan rasul lain yang ditemui dalam perjalanan Mikraj itu menasihatkan bahawa tugas itu terlalu berat bagi umat Muhammad SAW.

Lantas Baginda meminta keringanan hingga bilangan solat dikurangkan kepada lima kali sehari. Saat itu, Baginda diingatkan sekali lagi bahawa solat lima kali sehari pun masih terlampau berat. Namun, Baginda berasa amat malu untuk kembali meminta keringanan daripada Allah. Inilah contoh sifat malu yang ada pada diri Baginda.

Malu untuk mengurangkan nilai pengabdian seorang hamba terhadap Tuhannya. Namun, kita selaku umatnya tidak pula mempunyai rasa malu mengabaikan perintah solat dan ibadah lain.

Begitulah manusia, lazimnya hanya malu untuk urusan duniawi di hadapan manusia, bukan urusan keakhiratan di hadapan Tuhan.

Kita tidak malu dengan dosa berbukit yang pernah dilakukan. Malah, mungkin tidak pernah terdetik rasa enggan untuk bertemu Allah, lantaran malu di atas segala kejahatan yang dilakukan yang tidak pernah luput daripada penglihatan-Nya.

Sesungguhnya kita benar-benar tidak tahu malu. Abdullah Ibn Mas’ud meriwayatkan bahawa Nabi bersabda: “Orang yang malu kepada Allah dengan sepenuh malu ialah orang yang menjaga kepalanya dari isinya, menjaga perutnya dari segala rezeki tidak halal, selalu mengingati kematian, meninggalkan kemewahan dunia dan menjadikan perbuatan akhirat sebagai hal yang lebih utama. Sesiapa yang melakukan semua itu, maka dia telah malu kepada Allah dengan sepenuh malu.”


Baca Seterusnya...

Tuesday, March 16, 2010

Bestnya!

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah s.w.t, akhirnya Kem Pemantapan Du’at Berjaya juga dilaksanakan. Kem yang akan dijalankan pada setiap sem khas buat mereka yang menyertai SG (smart group). Ana mengucapkan tahniah kepada adik-adik barisan JK KPD ’10 yg telah bertungkus-lumus utk menjayakan program kali ini. Tahniah juga kpd adik-adik SG yg telah menyertai program kali ni. Ada yg pg dtg program, ptg blk ke U krn ade program lain. Kemudian setelah habis program, datang balik ke kem utk menyertai aktvt & modul-modul yg telah di sediakn. Satu semangat yg patut di contohi (baguih3!!). Bersemangat utk menyertai program tarbiyyah, bermakna antum semua bersemangat untuk memperbetulkan diri menjadi seorang mukmin yg sejati.

Bagi ana sendiri, program kali ini cukup-cukup bermakna. Bukan sbb di amanahkan dengan tugasan (orang asli & pengkritik Daei Idol) , tapi sbg pelajar “master” (terlebih sem..hehe) , ini merupakan program terakhir bg ana di kampus utk melibatkan diri secara direct bersama-sama sahabat-sahabat & adik-adik. Moga-moga ana akan aktf juga di luar sana, insyaallah.

Bila duk tahun akhir, br rsenya berat utk meninggalkan kampus. Pengalaman di kampus, banyak mengajar diri ini untuk menjadi lebih baik (tq pd naqibku abg Sob)..kenangan bersama sahabat-sahabat & adik-adik sgt3 bermakna sehingga kadang-kadang trase berat utk meninggalkan alam kampus (btl x shbt2 master skalian?). Alam kampus yg bnyk mengubah diri…klu dulu ana ni sorg yg mengarut, kini menjadi lebih mengarut…hehe..
Kpd adik-adik yg bnyk ‘terkena’ waktu kem, mohon maaf dipinta (terutama waktu Daei Idol..heh). Moga-moga antum akan menjadi pejuang hebat, bukan shj di kampus, ttpi juga di luar sana.insyaallah..

Sabda Rasulullah SAW " Tidak beriman seorang daripda kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri."



***gmbr2 lain x letak lg...
***sape nok gmbr, sekeping singgit jah..hehe
Baca Seterusnya...

Thursday, March 4, 2010

Doa sahabat..syukran =)

***Di bawah ni merupakan hadiah-hadiah yg ana terima pd ulangtahun kelahiran ana pd 2 mac lps...syukran yer shbt2 =)

Slamat ari lahir..smoga d berkati idup

Salam. Sanah helwah! Smoga dpnjgkn usia n dbrkati Allah slalu.

Ombak badai menghempas,x henti gelora. Desir angin rebut di luar enggan berhenti. Itulah ujian buat yang bernama daie. D mana jua kau berada, moga KalimahNya kau junjung, Islam diperjuangkan, Kitabullah teman di hati, tangisanmu kerana takutkan Allah, ukhuwah jadi kekuatan, seruan jihad tak kau lupakan & moga tangan2 yang pernah berbaiah dulu bakal bergandingan di Jannah idaman. Ya Allah, tempatkan kami dalam rahmatMu. Selamat hari lahir ke 23..

“Tika kau lemah, jadikan Allah sebagai tmpt meluah rasa, tika kau goyah, kau perlu kuat krn kau pembawa agama, tika kau rebah, kau harus tabah krn kau pejuang muda. Selamat hari lahir bt shbt, smga sentiasa dalam peliharaanNya. All da best!

Slamat ari lahir..semoga d berkati idup

Selamat hari lahir. Semoga sentias dalam rahmat dan hidayah Allah s.w.t

“ajarlah jiwamu utk trbang tinggi supaya ia bencikan ssuatu yg remeh..ajarlah jiwamu kemuliaan agar ia bencikan kehinaan…berilah peluang jiwamu merasai kelazatan rohani yg agung…pst ia akan bencikan kelazatan kecil sementara…” hepi besday yg ke-23…smga pnjg umur dan murah rezeki

Salam..slamat ulang tahun kelahiran ke.? Smoga pnjg umur n slmt pendek umur..d murahkan rezeki..serta diberkati Allah…amin..

Salam. Selamat hari lahir ke 23. Semoga Allah merahmatimu, menyayangimu, meredhaimu & berbahagia selalu, pnjg umur. Good Luck di dunia malah d akhirat. Wassalam

HP bday…smg pnjang umur, murah rezeki & ceria slalu..

"Ya Allah, berkati umurnya, tenangkan hati dan kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup, limpahkan maghfirah dan kasih sayangMu, agar hidupnya sejahtera di dunia dan akhirat. Ameen ameen. segala kebaikan dankeikhlasan hanya selyaknya dibalas olehMu, atahiyah biyaumi iladika"
salam, slmt hr lahir y ke 23, mg pertmbhn umur seiring dgn pertmbhan amal, iman dan taqwa. Mg terus istiqamah dlm perjuangan...

Happy birhday gak...mg2 hari2 mendatang lebih berkat dlm redha-Nya

selamt hari lahir.. moga pnjag umur murah rezki... n.... dpermudahkn mndapt jodoh...huhu.

Eidul Milad ya akhi....semoga diberkati Allah selalu...da tua abg aliff rupenye....heheheh..

sanah helwah..bule nikoh pah ni.

Selamat hari lahir. Semoga sentiasa dalam rahmat dan hidayah Allah s.w.t

Selamat Hari lahir!!!! May Allah Bless You...

SeLamat hari Lahir…m0ga pnjang um0 n murah rezki…

Hepy Eid Milad wa sanah helwah......
may ALLAH make everything easy for u.......
may ALLAH guide u every single moment wit taufiq thru a rite path.....
may ALLAH give u a healthy,wealthy and successful life(no more accident that break yr hand n bone into pieces)
do take a lot of food or drink o...

Salam. Slmt hari lahir!Didoakan agar sht2 slalu, berkat rezeki & ilmu..smoga bertmbh usia, bertmbh juga iman & taqwa… =)

Salam..hppy bsday.smga a.alif pnjg umo, murh rezki n hidup sentiasa drahmati n dberkati Allah slalu…from wakil SAHAM..

“Setiap detik yg berlalu member maksud semakin sedikit baki umur yg tinggal. Maka beruntunglh mereka yg memanfaatkan baki hidup mereka sebelum bertemu Allah s.w.t. Selamat ulangtahun kelahiran yg ke 23. (tua dah) semoga sntiasa d bwh lembayung rhmat Allah hendaknya. Maaf di atas kekhilafan diri n time kasih diatas segala tunjuk ajar n nasihat =)

Selamat ulangtahun kelahiran. Semoga sihat katang, muroh rezeki, dipermudahkan sgala urusan

Segulung tahniah, umur anda dipanjangkan lagi, bersyukurlah atas nikmat yg diberikan selama ini, hargailh dgn sebaik-baiknya, selamat hari lahir semoga berbahagia selalu%

Slamat ari jdi pok aliff…mkn propolis hbis mok suh..mkn ubt hbis jgn x mkn…

“tarbiyyah Allah sgt mahal..x semua kasih sygNya trzahir melalui belaian…adakala ketegasan mampu mendidik kita lbh drp kelembutan,,,Allah lbh memahami kita drpd sgalamakhluk didunia…Justeru, mengadulah pdNya, stp titisan airmata yg mengalir amat bernilai & berharga d sisi Allah” hari nie bday a.aliff ke??

Hepi besday 2 u..smg dimurahkan rezeki, dredai Allah dan dpanjangkn umur.

Selamat hari lahir khas buat shbtku, Aliff. Semoga diberi kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki dan diberkati Allah dunia dan akhirat. Dr :a.k

Ade seorang jejaka yg tggal di marang,Terengganu..dgr cerita umurnya telah genap 23 thn hari ini dan sekarang sedang mencari jodohnya yg sesuai..jd saya berbesar hati membuat pengumuman kpd ibubapa yg mempunyai anak gadis yg ingin dijodohkn dgn beliau bleh menghubungi terus jejaka tersebut di talian 013*******..(keutamaan kpd org *****)..."bahagia itu dtg dr dlm bkn dr luar; kebahagiaan dr dlm adalah sejati, Kebahagiaan dtg dr luaran seringkali palsu & menipu"..:D...Selamat Hari Lahir..

Salam...
akhi...selamat hari lahir..
semoga pnjg umur n murh rzeki..
Amin,..

SALAM...
TAHUKAH anda...?! Tanggal 2 mac 1986/87/88.. .
Lahirnya tiga insan yang memperjuangkan ISLAM di tanah MELAYU dan di TANAH UMP pada sekian dulu...
Mereka banyak berjuang, berjasa, menyumbang ape yang patut...
Itu di kire sangat sedikit jika hendak dibandingkan dengan perjuangan-perjuang an zaman RASULULLAH S.A.W...
Tak kire sedikit atau banyak, tetapi mereka tetap menyumbang dan berkorban tenaga, masa, harta dijalan ALLAH....
Jalan yang di redhai-NYA.. .
Sehubungan dengan itu...
Saya mewakili ** mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran...
Semoga panjang umur dan selamat pendek umur...
Di murahkan rezeki serta di berkati dan di rahmati ALLAH...
insyaALLAH.. .
amin...
wassalam...

Bismillah walhamdulillah...
Assalamualikum w.b.t.
Selamat menyambut ulangtahun kelahiran buat 2 orang mujahid dan seorang mujahidah dalam keluarga ini, merangkap senior2 kami. Semoga istiqamah dalam perjuangan ini yang pastinya penuh ranjau dan liku. Moga kalian sentiasa di bawah lembayung rahmat-Nya...

"Andai Islam diumpamakan spt bangunan usang yang hampir roboh, maka akan kuberjalan seluruh pelosok dunia bagi mencari jiwa2 muda. Aku tidak ingin mengutip dgn ramainya bilangan mereka, tapi aku inginkan hati2 yang ikhlas untuk membantuku dan bersama denganku membina kembali bangunan yang usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah" -As-Syahid Imam Hasan al-Banna

Salam wbt..
Slmat mymbut hari ulgtahun klahirn y ke-23..
smoga pnjg umur, dmurhkn rezki, dbrkati o Allah SWT..amin.

Slmat mymbut hari ulgtahun klahirn.
smoga pnjg umur, dmurhkn rezki, dbrkati o Allah SWT

sanah hilwah.. sirru a'la barakatillah..

salam hari lahir akhi,.mg dgn pngktn umur kt seiring ketaqwaan kt pdNYA..sy doakn hny sgl kebaikn buat akhi..

salam..slamat ulangtahun..semuga dirahmati dan diberkati hidup dunia akhirat..dijauhkan dr segala prkara yg xbaik..amin..insyaALLAH..

slamat ulang tahun...
moga hari2 yg mndatang mematangkan lg dri enta sbg muslimin sejati dan di mntapkan lg k'imanan kepada Allah swt...
insyaAllah...

assalamualaikum housemate ku y slalu kejut subuh....
disini ana ingin mngucapkan selamat hari lahir ke 23(tua dah dia upenye)....
semoga hidup dberkati,bertambah iman,amal n semoga terus aktif dlm SAHAM....
n mnjadi pcetus kpd melahirkan siswa2 ump y penuh islamic institutions....:-)
Selamat Hari Lahir..semoga istiqamah dalam berdakwah..amin..

Slmt hr lhr yg trlps ye pok alip.Mga murah rezeki, agar dpt blanje ana lagi =)

‘Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri,”-57:22-23
Salam ingatan u hari lahir y ke 23 semalam…shbt.

Baca Seterusnya...

Sunday, February 28, 2010

Kembara '10 dah abihh.. . =(


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t, yang telah memberi kesempatan dan kekuatan kepada krew-krew Kembara '10 dalam menjayakan program ini. Kini, program Kembara '10 akhirnya melabuhkan tirainya. Setelah lebih 2 mggu bertungkus-lumus,dengan pelbagai masalah, akhirnya terlaksana juga program ini.

Tahniah dan terima kasih ana ucapkan kepada kesemua krew-krew Kembara '10 krn telah bertungkus-lumus sehingga ada yg smpai trtdo kat msjid krn rsaukn program ni (sape yer??), x cukup tdo n ada yg bad mood jgk...huhu.. Juga kpd mereka yg trlibat secara lgsung @ x lgsg.Moga-moga, program seperti akan diteruskan oleh adik-adik pd msa akan dtg.

Ana mewakili JK Induk Kembara '10, mengucapkan jutaan terima kasih dan memohon maaf atas segala kesalahan yg kami lakukan terutama ana sendiri. Maaf yer seme...

Moga-moga segala yg kita lakukn dlm program ni, akan kite truskn pd mse akan dtg. Teruskan berselawat sehingga ke akhir hayat kita, insyaallah (pesanan kepada diri sendiri). Diharapkan program ini, bermanfaat kepada seme yer,insyaallah.


***Program terakhir handle kat UMP,insyaallah. Doakan ana aktif lg brprog kat luar yer...
***mitok maaf x jd pengarah yg baik
***hrp2 sem ni dpt LI.. =)

Baca Seterusnya...

Thursday, February 18, 2010

Kembali Ke Madrasah Rasulullah s.a.w (KEMBARA '10)


Sempena Maulidur Rasul yang bakal menjelma, pelbagai aktiviti akan di adakan di mulai 25 Feb - 28 Feb 2010 bertempat di sekitar UMP. Dijemput semua muslimin/mat bersama-sama terlibat memeriahkan lagi program ini, insyaallah.
***gerai jualan juga akan dibuka.


***bersama-sama memeriahkannya..
Baca Seterusnya...

Thursday, February 11, 2010

Taman-taman Syurga


Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
“Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan menuju ke syurga.”
(Muslim, Abu Daud, Turmizi dll)

Maksud hadith ini, sesiapa saja yang sanggup melapangkan sedikit masanya untuk menambah pengetahuan lebih-lebih lagi ilmu yang berkaitan dengan agama, maka peluangnya untuk masuk ke dalam syurga adalah cerah kerana jalan ke sana telah dimudahkan oleh Allah SWT. Janji Allah mustahil tidak benar.

Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda:
“Selamat datang wahai orang yang menuntut ilmu, sesungguhnya para penuntut ilmu itu akan dinaungi oleh sayap-sayap para malaikat yang saling bertindihan satu sama lainnya sampailah ke langit dunia, ini kerana kecintaan mereka kepada orang yang menuntut ilmu.”
(Ibnu Majah, Ahmad, Thabrani & Ibnu Hibban)

Para malaikat sangat suka dengan orang-orang yang menuntut ilmu. Apabila terjumpa saja mana-mana majlis ilmu, para malaikat akan menebarkan sayap-sayap mereka menyelubungi majlis tersebut. Sebab itulah orang-orang yang berada dalam majlis-majlis ilmu akan terasa damai di hati dan dekat dengan Tuhan kerana mereka sebenarnya sedang berada di bawah naungan sayap-sayap para malaikat. Seterusnya para malaikat tadi akan berbaris pula bertingkat-tingkat sampailah ke langit. Sebab itulah ada ulama mengatakan bahawa cahaya majlis-majlis ilmu ini seolah-olah terpancar terus ke langit.

Sahabat-sahabat, marilah kita mengunjungi rumah Allah yg berhampiran dan sertailah majlis-majlis ilmu.Insyaallah...

Sekadar perkongsian ringkas....

Wallahu'alam

Baca Seterusnya...

Thursday, January 21, 2010

Satu Cinta


Satu Cinta
Album : Satu Cinta


Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Engkau satu cinta
Yang selamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan.......

Oh Tuhan .... selamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan .... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

***best lagu ni...boleh dengarlh yer

Baca Seterusnya...
Related Posts with Thumbnails