Salam ziarah buat semua sahabat-sahabat seperjuangan. Moga-moga dengan sedikit perkongsian ini, akan mengeratkan lagi ukhuwah kita. InsyaALLAH.Jiwa umat Islam tidak harus kecewa menyaksikan kekalahan. Biarkan kekalahan menjadi penggerak perjuangan, bukan kemenangan yang kita hendak, tapi kebenaran yang kita tuntut.

Thursday, February 11, 2010

Taman-taman Syurga


Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
“Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan menuju ke syurga.”
(Muslim, Abu Daud, Turmizi dll)

Maksud hadith ini, sesiapa saja yang sanggup melapangkan sedikit masanya untuk menambah pengetahuan lebih-lebih lagi ilmu yang berkaitan dengan agama, maka peluangnya untuk masuk ke dalam syurga adalah cerah kerana jalan ke sana telah dimudahkan oleh Allah SWT. Janji Allah mustahil tidak benar.

Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda:
“Selamat datang wahai orang yang menuntut ilmu, sesungguhnya para penuntut ilmu itu akan dinaungi oleh sayap-sayap para malaikat yang saling bertindihan satu sama lainnya sampailah ke langit dunia, ini kerana kecintaan mereka kepada orang yang menuntut ilmu.”
(Ibnu Majah, Ahmad, Thabrani & Ibnu Hibban)

Para malaikat sangat suka dengan orang-orang yang menuntut ilmu. Apabila terjumpa saja mana-mana majlis ilmu, para malaikat akan menebarkan sayap-sayap mereka menyelubungi majlis tersebut. Sebab itulah orang-orang yang berada dalam majlis-majlis ilmu akan terasa damai di hati dan dekat dengan Tuhan kerana mereka sebenarnya sedang berada di bawah naungan sayap-sayap para malaikat. Seterusnya para malaikat tadi akan berbaris pula bertingkat-tingkat sampailah ke langit. Sebab itulah ada ulama mengatakan bahawa cahaya majlis-majlis ilmu ini seolah-olah terpancar terus ke langit.

Sahabat-sahabat, marilah kita mengunjungi rumah Allah yg berhampiran dan sertailah majlis-majlis ilmu.Insyaallah...

Sekadar perkongsian ringkas....

Wallahu'alam

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails