Salam ziarah buat semua sahabat-sahabat seperjuangan. Moga-moga dengan sedikit perkongsian ini, akan mengeratkan lagi ukhuwah kita. InsyaALLAH.Jiwa umat Islam tidak harus kecewa menyaksikan kekalahan. Biarkan kekalahan menjadi penggerak perjuangan, bukan kemenangan yang kita hendak, tapi kebenaran yang kita tuntut.

Monday, December 14, 2009

"Siapa yang kamu marah?"


Seorang ahli sufi yang masyhur, Syaqiq Al Balkhi r.m telah membeli sebiji tembikai untuk isterinya. Si isteri begitu gembira menerima buah tembikai itu. Malangnya, apabila buah tembikai itu dibelah, ia dapati buah itu itu tidak elok. Lalu si isteri marah-marah kerana tidak mendapat buah seperti yang diharapkan.

“Kepada siapa engkau tujukan marah itu? Adakah kepada penjual, atau pembeli, atau penanam ataupun kepada Pencipta buah tembikai itu?”

Tanya Syaqiq kepada isterinya. “Wahai isteriku. Ketahuilah, si penjual itu tentu ingin agar jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Si pembeli pula, tentu ingin membeli yang terbaik saja. Manakala si penanam, kalau mampu sudah tentu dia ingin agar hasil tanamannya yang terbaik juga...

“Kini, nyatalah, bahawa marahmu itu ditujukan kepada Pencipta buah tembikai itu. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails