Salam ziarah buat semua sahabat-sahabat seperjuangan. Moga-moga dengan sedikit perkongsian ini, akan mengeratkan lagi ukhuwah kita. InsyaALLAH.Jiwa umat Islam tidak harus kecewa menyaksikan kekalahan. Biarkan kekalahan menjadi penggerak perjuangan, bukan kemenangan yang kita hendak, tapi kebenaran yang kita tuntut.

Monday, June 15, 2009

Hampirnya Kiamat...

Bumi semakin tua. Digambarkan sewaktu peristiwa Isra’ dan Mi’raj, Rasulullah s.a.w menemui seorang perempuan tua bongkok tiga yang menahan Rasulullah untuk bertanya sesuatu. kata Jibrail; “Itulah gambaran usia dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.” Selain itu, kematian demi kematian alim ulama’ membuktikan bahawa kiamat semakin hampir. Suatu hadis Rasulullah s.a.w yang dipetik daripada 40 Hadis Akhir Zaman, menceritakan bagaimana pada suatu saat ilmu agama dan alim ulama’ diangkat daripada muka bumi oleh Allah s.w.t. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."
H.R. Muslim

Hadis ini membuktikan bahawa saat kehancuran bumi semakin hampir. Seorang demi seorang ulama’ telah dijemput untuk bertemu Allah s.w.t hinggalah pada suatu saat, tiada lagi alim ulama’ di muka bumi ini.

Pada 13 Jun 2009 kita telah menerima berita kematian seorang mujahid dan ulama’ agung iaitu almarhum al ustaz Dr. Fathi Yakan. Kembalinya seorang mujahid setelah sekian lama menahan rindu bertemu Allah s.w.t setelah menghabiskan usianya di medan perjuangan. Apabila disebut tentang almarhum, kita pasti akan teringat kepada karya beliau iaitu Apa Ertinya Saya Menganut Islam (Maza Ya’ni Intimai LilIslam). Buku ini merupakan antara salah satu karya awal yang mula-mula saya baca. Umat Islam pasti merasai pemergiannya. Namun, Yahudi laknatullah tentunya sedang bergembira mendengar perkhabaran ini.

Kini almarhum telah pergi mengikut para Syuhada’ yang telah lama kembali ke rahmatullah. Perjuangan tetap akan diteruskan. Ruh perjuangan beliau telah menusuk hati ramai pemuda dan pemudi untuk terus berjuang dan berjuang menegakkan agama Islam yang tercinta. Moga-moga kita akan terus tetap mengikut jejak beliau dan para pejuang hinggalah kita dijemput untuk menemui Pencipta. Wallahu’alam.

“Keberkatan & kemanisan dalam perjuangan hanya untuk mereka yang sanggup berjihad dalam kepayahan, Mampu berkorban dalam tangisan serta rela imannya diuji dalam keperitan.”




0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails