Salam ziarah buat semua sahabat-sahabat seperjuangan. Moga-moga dengan sedikit perkongsian ini, akan mengeratkan lagi ukhuwah kita. InsyaALLAH.Jiwa umat Islam tidak harus kecewa menyaksikan kekalahan. Biarkan kekalahan menjadi penggerak perjuangan, bukan kemenangan yang kita hendak, tapi kebenaran yang kita tuntut.

Monday, June 8, 2009

~Salam Perjuangan~

Bismillahirrahmanirrahim.

"bilenya nok muncul blog???Asyik kobek hok orang len jer"tanya seorang sahabat.

Saya mulakan dengan pertanyaan sahabat saya. Soalan yang sering keluar dari mulut sahabat saya. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana limpah kurniaNya, dapat juga saya menyiapkan blog ini. Setelah sekian lama memendam cita-cita untuk berblog, akhirnya berjaya juga saya mengikuti jejak langkah sahabat dan sahabiah yang telah lama menceburi bidang penulisan melalui blog. Moga-moga dengan adanya blog ini, dapat membantu saya dalam meneruskan kerja dakwah melalui penulisan, seterusnya dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Insyaallah. Saya akhiri dengan kata-kata dari Saidina Ali bin Abi Talib K.W.

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails