"Maka berperanglah kamu (Muhammad) pada jalan Allah, tidaklah kamu dibebani melainkan dengan kewajipan kamu sendiri. Kobarkanlah semangat para mukmin (untuk berperang). Mudah-mudahan Allah menolak serangan orang-orang kafir itu. Allah amat besar kekuatan dan amat keras seksaanNya. -Surah An-nisa:84-
"...tiap-tiap dosa, mesti ada kesan. Umpama orang yang makan barang beracun. Racun sedikit, maka kesannya sedikit. Racun banyak, maka kesannya banyak". -TGNA-
Bagi orang yang hidup di dunia ini mestilah mempunyai kebun Islam. Kebun tersebut ialah, tanah sama dengan hati manusia, benih sama dengan keimanan, air sama dengan amal yang soleh, baja sama dengan ilmu pengetahuan, untuk membersihkannya ialah sama dengan taubat dan sabar, pagarnya ialah sama dengan pekerti dan ingat, setiap kebun itu kadangkala ada pencurinya iaitu syaitan. Hasil dan buahnya adalah keberuntungan hidup di dunia mahupun di Akhirat.
hedge-edge
-
Assalamualaikum.
me and everyone. things have change a lot. and apparently, i have to grow
to be more matured to face the world and any sho...
Bismillah [2015]
-
Bismillahirrahmanirrahim,
Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Segala puja dan puji kepada Allah tuhan sekalian alam,
sudah lama saya tidak menulis apa-apa di blog ...
PROMOTION
-
Assalamu'alaikum... ^_^
Ramadhan dah dekat..Ramadhan dah hampir..
Bulan ni bulan Sya'aban. Preparation untuk Ramadhan bagaimana? Kita kena
sediakan menta...
Permulaan yang BARU
-
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah., masih ada kesempatana ana nak menulis ni. Sbnarnya dalam
plan, ana nak tulis diary. At lea...
Permulaan Cinta Yang Halal...
-
Detik waktu ini dengan izin Allah SWT genap 19 hari aku berstatus
'Isteri'. Isteri kepada seorang hamba Allah yang suci dan telus hatinya
yang te...
-
♥ TIPS MENCARI JODOH TANPA ''COUPLE'' ♥ ~
❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤
(`'•.¸ "Habis nnt macam mana nak cari isteri?"
bab nak mencari b...
Lelaki Yang Soleh
-
Sumber:penpatanh.blogspot.com
Kita selalu membicarakan ciri – ciri wanita untuk dijadikan pasangan hidup.
Adakah lelaki terlepas dari tapisan ini?
Semesti...
Rancang Kewangan Anda
-
Sekali lagi saya diberikan ruang dan peluang untuk menulis kembali di blog
ini=).Topik yang ingin saya coretkan di blog ini ialah mengenai perancangan
kewa...
BeRaNi & mALu
-
"saya mengagumi seorang pemuda kerana keberanian dan kemahirannya dan saya
mengagumi seorang pemudi kerana adab dan sifat malunya.sebabnya, keberanian
adal...
"Ketenangan idaman semua insan"
-
* Semua insan di dunia ini inginkan ketenangan.Ketenangan yang boleh
membahagiakan hati. Hakikatnya adalah ia dapat dicapai apabila kita
meng...
Ucapan salam adalah langkah pertama memulakan perkenalan. Perkenalan akan makin mantap sekiranya diikuti dengan berjabat tangan disertai dengan wajah yang berseri dan senyuman. Kemudian barulah, perkenalan dilanjutkan dengan lebih detail.Jika tidak kelihatan, maka carilah.Sekiranya orang yang anda kenal sudah lama tidak dilihat dalam tempoh yang tertentu, maka carilah tahu. Samada melalui telefon, sms, FB atau apa-apa cara sekalipun.
Jika sakit, maka jenguklah Setiap orang akan tiba waktunya merasai kesakitan, kegembiraan atau kesedihan. Sekiranya mendengar sahabat yang dalam keadaan sakit, maka jenguklah. Seeloknya membawa hadiah atau buah tangan.
“Hendaklah kalian saling member hadiah , kerana hadiah itu menjadikan kalian saling mencintai”(HR Malik dalam Al-Muwatha’)
Di tempat sahabat anda, anda akan dapat berkenalan dengan sahabat-sahabatnya yang lain. Maka semakin banyak kenalan anda.
Jika diundang, maka penuhilah. Apabila diundang, maka hendaklah dipenuhi. Dengan dipenuhi, maka akan lebih erat ukhuwah antara sahabat-sahabat.
Jika bersin dan mengucapkan “hamdalah” maka jawablah “yarhamukallah”
Apabila duduk di sebelah orang yang belum dikenali, lalu orang itu bersin, maka hendaklah menoleh kepadanya dengan wajah yang berseri-seri sambil mengucapkan “yarhamukallah”. Tentunya hal ini menjadikan titik permulaan kepada perkenalan.
Jika meninggal dunia, maka iringilah
Jika sebelum meninggal, anda dapat mengenal diri peribadi orang yang meninggal dunia, maka sewaktunya meninggal dunia, gunakanlah kesempatan itu untuk menziarahi keluarganya dan ucapkanlah takziah.
“Wahai ahli ibadah di dua Tanah Haram, Kalaulah kamu telah menyaksikan kami, Maka kamu akan mengetahui bahawa sesungguhnya Seolah-olah kamu telah bermain-main dalam ibadah, Kalau orang-orang membasahi pipinya dengan air mata yang mengalir deras Maka dengan pengorbanan kami, kami mengalirkan darah yang lebih deras, ataupun kuda-kuda ia kepenatan di dalam perkara batil, Maka kuda-kuda kami penat dalam melakukan penyerbuan dan peperangan, Bau wangi-wangian menjadi milikmu, Sedangkan bau wangi-wangian kami adalah debu-debu di jalanan, dan sesungguhnya telah datang kepada kami sabda nabi s.a.w., Sabda yang benar jujur dan tidak ada kebohongan Tidaklah sama debu kuda-kuda Allah di hidung seseorang dan asap neraka yang menyala-nyala, Inilah kitab Allah yang berbicara kepada kami, Bahawa orang mati syahid tidaklah sama dengan orang yang mati biasa, Ia tidak akan berbohong”.
“Katakanlah! Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap dirinya sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnyanya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)”. (az-Zumar: 53-54)
“ Menyesal itu adalah taubat.” (riwayat Ahmad Ibn Majah)
ABDUR RAHMAN BIN GHANNAM al-Daws mengisahkan bahawa suatu hari Mu’adz bin Jabal datang kepada Rasulullah. Setelah mengucapkan salam dia memberitahu : “Wahai Rasulullah, di depan pintu ada seorang pemuda segak sedang menangis seperti hamba sahaya kecil kehilangan emaknya. Dia ingin berjumpa denganmu.”
“Suruh pemuda itu masuk wahai Mu’adz” kata Nabi. Mu’adz pun membawa pemuda itu masuk menemui Rasulullah.
“Apa yang membuatmu menangis wahai pemuda?” Tanya Rasulullah.
“Macam mana aku tidak menangis ya Rasulullah, aku telah melakukan dosa besar yang aku rasa tidak mungkin akan diampuni Allah!” jawab pemuda itu.
Rasulullah terus bertanya : Apakah engkau mempersekutukanNya?” Tanya Nabi.
Pemuda itu serta merta menjawab : “Aku berlindung kepada Allah untuk mempersekutukanNya dengan apa jua pun,” jawabnya.
Rasulullah pun bertanya lagi : “Apakah engkau membunuh seseorang yang diharamkan Allah untuk membunuhnya?”
“Tidak ya Rasulullah.”
“Jika begitu Allah akan mengampuni dosa-dosamu meskipun dosamu sebesar gunung yang menjulang ke langit.” Kata Rasulullah.
Pemuda itu tiba-tiba menangis kuat sambil berkata : “Dosaku lebih besar daripada gunung itu!”
“Allah akan mengampuni dosa-dosamu meskipun dosamu sebesar tujuh bumi berikut, lautan dan segala yang ada di dalamnya.” Kata Rasulullah sambil tersenyum.
“Namun dosaku lebih besar daripada itu ya Rasulullah!” jawab pemuda itu lagi.
Dengan sabar Rasulullah bersabda : “Allah tetap akan mengampuni dosa-dosamu sebesar langit dan bintang-bintangnya sekali.”
Lagi-lagi pemuda itu menjawab : “Dosaku lebih besar daripada itu ya Rasulullah!”
“Wahai pemuda! Apakah dosa-dosamu yang lebih besar ataukah Tuhanmu?” Tanya Rsulullah.
Maka pemuda itu tersungkur di hadapan Nabi dan berkata : Subhanallah, tidak ada yang lebih besar daripada Tuhanku.”
“Kalau begitu, dosa apakah yang telah engkau perbuat?” Tanya Nabi.
Dengan air mata yang berlinang pemuda itu pun menceritakan :
“Sudah tujuh tahun ini pekerjaanku mencuri kain kafan mayat yang baru dikuburkan, untuk aku jual ke pasar. Pada suatu hari ada seorang gadis Ansar meninggal dunia. Setelah gadis itu dikubur dan ditinggalkan oleh keluarganya, seperti biasa aku pun mendatangi kuburnya untuk mengambil kain kafannya. Aku gali kuburnya dan aku keluarkan mayatnya, kemudian aku lepaskan kain kafannya daripada tubuhnya. Aku tinggalkan dia dalam keadaan telanjang di kubur, kemudian aku segera pulang membawa kain itu. Setelah aku sampai di rumah aku teringat betapa indahnya tubuh gadis itu, sehingga akhirnya aku tergoda untuk melihatnya kembali. Ketika aku melihat mayat gadis yang telanjang itu, aku tidak dapat menguasai diriku sehingga aku menyetubuhinya. Pada masa itu seolah-olah aku mendengar seseorang yang mengatakan : “Wahai pemuda, celakalah engkau di hadapan penghisab di hari kiamat kelak, tempatmu adalah di neraka….” Aku segera sedar dan merasa takut sekali, bagaimana menurut pendapatmu ya Rasulullah?” Tanya pemuda itu mengakhiri kisah perbuatan dosa-dosanya.
Mendengar kisah pemuda itu, Rasulullah sangat tekejut dan berkata : “Pergilah engkau daripada sisiku. Aku takut akan terbakar bersama apimu!”
Pemuda itu pun segera pergi meninggalkan Rasulullah dengan wajah yang sangat murung. Dia pergi ke Madinah dan di tempat itu dia menangis selama empat puluh hari empat puluh malam, memohon ampun kepada Allah. “Ya Allah, ampunilah segala dosa dan kekhilafanku dan berikanlah wahyu kepada Nabi-Mu. Jika Engkau tidak mengampuniku, maka berilah segera aku seksaan yang menghancurkanku di dunia ini, tetapi selamatkanlah aku daripada seksaanMu di hari kiamat nanti…!”
Rupa-rupanya taubat pemuda itu diterima Allah. Allah swt kemudian menurunkan wahyu sepotong ayat kepada Rasulullah :
“Dan(juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa kecuali Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah keampunan daripada Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.” (Ali-Imran 135-136)
Selepas menerima wahyu itu, Rasulullah bersama para sahabat keluar mencari pemuda itu. Ditemuinya pemuda itu berada di antara dua batu besar dalam keadaan lemah dengan mata yang bengkak kerana terlalu banyak menangis. Rasulullah mendatangi pemuda itu dan membersihkan debu-debu yang melekat di kepalanya sambil berkata:
“Aku ingin memberi khabar gembira kepadamu bahawa engkau kini telah dibebaskan Allah daripada api neraka.”
Rasulullah kemudian berpaling kepada para sahabatnya yang menyertai baginda seraya bersabda : “Beginilah hendaknya kalian menyertai dosa-dosa yang kalian perbuat, seperti yang dilakukan pemuda ini.”
***sedikit perkongsian untuk diri ana dan sahabat-sahabat...moga-moga kita sentiasa ingat kasih Allah pada kita =) ***janganlah pernah berputus asa terhadap rahmat dan ampunan Allah.
tiada apa yg ingin ana diceritakan melainkan hanya ucapan
"antum memang best!!!"
~Doa Rabithah~ Sesungguhnya Engkau tahu bahwa hati ini telah berpadu berhimpun dalam naungan cintaMu bertemu dalam ketaatan bersatu dalam perjuangan menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya kekalkanlah cintanya tunjukilah jalan-jalannya terangilah dengan cahayamu yang tiada pernah padam Ya Rabbi bimbinglah kami
Lapangkanlah dada kami dengan karunia iman dan indahnya tawakal padaMu hidupkan dengan ma'rifatMu matikan dalam syahid di jalan Mu Engkaulah pelindung dan pembela
Individu merupakan komponen terkecil dalam susunan masyarakat. Individu memegang peranan penting dalam menentukan perjalanan dan bentuk masyarakat itu sendiri. Oleh kerana itu, yang menjadi tonggak gerakan kita adalah individu, kemudian keluarga dan akhirnya masyarakat. Maka perbaikilah diri kita terlebih dahulu di samping menyeru orang lain ke jalan kebenaran. Peribadi-peribadi mukmin yang sebenar akan membuka banyak peluang berjayanya seruan dakwah. Maka pembentukan peribadi Islam (takwin asy-syakhshiyah al-islamiyyah) merupakan aspek yang cukup penting.
Seorang da’i perlulah melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan teknik-teknik yang akan membantu untuk menjayakan dakwah fardiyyah. Dakwah fardiyyah (dakwah secara individu) memerlukan persediaan yang mantap dalam diri setiap da’i. Seorang da’i yang lemah dalam berinteraksi akan menyebabkan dakwahnya agak susah untuk berjaya. Kejayaan dalam dakwah bergantung pada usaha dan tawakkal kita kepada Allah s.w.t. Dakwah yang sambil lewa tidak mampu untuk menarik manusia yang berada dalam kehinaan menuju kemuliaan di bawah naungan cahaya Islam.
Tugas kita sebagai da’I adalah untuk memperbetulkan pendapat umum yang salah terhadap Islam. Sekiranya individu berubah menjadi baik, maka masyarakat pun akan menjadi baik, dan dengan sendirinya Islam akan tertegak. Cara bertutur dan penampilan seorang da’I akan menarik perhatian orang yang mendengar dan melihatnya, kerana pada dasarnya jiwa manusia cenderung dan tertarik dengan penampilan yg indah dan baik. Dari sini, kita dapat lihat bahawa individu-individu yang dipilih untuk dimasukkan dalam pasaran dakwah adalah orang yang berkualiti dan baik penampilannya.
Imam Hasan al-Banna pernah ditanya , “Kenapa anda tidak menyusun buku?” Beliau menjawab, “Tugas saya bukanlah untuk menyusun buku, kerana buku biasanya diletakkan di perpustakaan dan sedikit orang yang membacanya. Lain halnya seorang muslim, ia adalah ‘buku yang sentiasa terbuka’ kemana pun ia berjalan, itu adalah dakwah.” Betapa banyak da’i yg tidak pndai berbicara, tetapi dengan rahmat Allah banyak mad’u yang berdiri di sampingnya disebabkan oleh getaran jiwa, pantulan wajah, kelembutan perasaan, keimanan mendalam (al-iman al-amiq) serta pemahaman yang mantap dan syamil (al-fahmu ad-daqiq) yang dimiliki da’i. Wallahu’alam
Dipetik dari buku Bagaimana Menyentuh Hati (Abbas As-Siisiy)
Tanggal 11 April 2010 merupakan hari terakhir ana memegang jawatan Pengerusi Sahabat Masjid (SAHAM) bagi sesi 2009/2010. Setelah dua sesi ana pegangnya, akhirnya tiba masa untuk ana menyerahkan jawatan kepada yg lebih layak.
Satu majlis telah diadakan dan merupakan pertama kali diadakan sepanjang penubuhan Sahabat Masjid (SAHAM) iaitu Majlis Wida’ & Penyerahan Tugas. Tujuannya adalah untuk menghargai jasa-jasa dan pengorbanan barisan Nuqaba’ khususnya yang berada di tahun akhir, juga menghargai pengorbanan adik-adik dalam membantu menggerakkan aktiviti dakwah seperti program Kembara ’10.
Satu program yang sangat bermakna bagi ana dan sahabat-sahabat. Dengan adanya kejutan yang dirancang untuk ana dan sahabat-sahabat yang akan LI dan juga melihat semangat adik-adik untuk menjayakan Majlis ini. Jutaan terima kasih ana ucapkan kepada adik-adik dan sahabat-sahabat yang telah bersusah payah untuk menjayakan program kali ini. Sesungguhnya tanpa bantuan & kehadiran antum semua, program ini tidak akan berjalan lancar & kurang bermakna. Terima kasih ya Allah kerana memberikan sahabat-sahabat yang baik pada kami =)
Di kesempatan ini, ana ingin memohon maaf atas segala kesalahan sepanjang ana memegang jawatan tersebut. Maaf atas amanah yang tak terlaksana. Tiada jawatan tidak bermakna ana akan berhenti dari lapangan dakwah. Doakan ana & sahabat-sahabat yang akan keluar menjalani LI agar kami sentiasa istiqamah dalam menegakkan agama Islam. Kepada adik-adik yang diamanahkan dengan jawatan, jangan mudah tertekan dengan jawatan yang diberikan. Berikan usaha antum yang terbaik, moga-moga Islam akan terus tertegak di bumi UMP. Insyaallah.. =)
Bersiap sebelum masjlis...ade pak andam..hehe
barisan MT SAHAM 2009/10
barisan MT SAHAM 2009/10
dpt kek dr adik2 =)
majlis potong kek=)
satu lagi 'surprise'
***bittaufiq wannajah fil imtihan utk seme =) ***doakan ana n sahabat-sahabat dpt tmpt LI...huhu ***syukran seme =)=)
Andai hatimu rasa terharu... ketahuilah aku juga begitu... bukan sekali ini, tapi telah berulang kali... dikau hanyalah musafir yang bermukim di teratak ini... sampai masa kau akan terharu membawa diri pergi... namun aku permastautin yang masih di sini... bingung melihat kalian datang dan pergi... terharu pd yg akan pergi, tetapi harus tabah utk menyemai benih kasih pd yang baru... -Ustaz Hazmi-
Alhamdulillah, baru sajer pulang dr perkhemahan Sahabat Masjid (SAHAM) di Lubuk Semak. Suati perkhemahan yg cukup menarik. Entri kali ini bukanlah utk menceritakan berkenaan perkhemahan, tetapi hanyalah untuk berkongsi lirik sebuah lagu yang cukup best dan boleh mengingatkan kita pada kematian. Insyaallah.
Jika Terakhir Buatku
Artis: Saujana Album: Nota Cinta
oh Tuhan hambaMu ini kekeliruan sukar mencari jalan yang benar kerna dipaut hasut dunia mencintai yang lain lebih dariMu
oh Tuhan hidayahMu pernah hadir hingga kering air mataku menitis namun terkadang aku berpaling kerna mengejar nikmat dunia sementara
hari ini ku bimbangi jika terakhir hidup adakah lagi subuh esok untukku bernafas dan sujud mengabdi padaMu oh Tuhan
berikan daku kesempatan menebus kesalahan lantaran dosa dan noda dan sengaja melupakanMu hadirkan damai sebelum di hujung nafasku hanya padaMu Tuhan
oh Tuhan berikan daku petunjukMu untukku meniti ke jalan redhaMu izinkan daku mengulangi janji-janji yang baru taubat nasuha setulus untukMu oh tuhan...
"Sungguh sedikit manusia yang memahami. Lebih sedikit manusia yang memahami dan mengamalkan. Lebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas. Terlebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas serta sampai ke tujuan."
-Imam Hassan al-Banna.
KEWUJUDAN TIDAK TERASA
-
Menjangkau setahun sudah sepi tanpa sebarang nota catatan di ruangan ini.
Bukann kerna kecewa atau berhenti berkongsi. Namun, atas keperluan dan
kekangan y...
KEMBALILAH WAHAI DIRI
-
Wahai jiwa yang tenang..Kembalilah kepada Allah…berharaplah kepada Allah..
Kita sudah terlalu lama meletakkan pengharapan kepada manusia, menyangka
manus...
PERBUATAN ZAHIR DAN SUASANA HATI
-
*“Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan
saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta
per...
LAWAN HAWA NAFSUMU!
-
*LAWAN NAFSU MU!*
*Oleh: Ustaz Pahrol Mohd Juoi (*
http://genta-rasa.com/2010/10/20/lawan-hawa-nafsumu/)
Bagaimana keadaan kita jika terlihat seekor lipan di...
Hijab..apa yang bole kita katakan?
-
Assalamualaikum...
Isu aurat Adakah satu isu besar? Atau hanya isu kecil? Apakah tidak sesuai
berpakaian menutup aurat pada masa kini, hanya kerana peruba...
KITA MASIH PUNYA MASA.....
-
*Untuk apa ALLAH menghidupakan kamu hari ini???Tak lain tak bukan,ALLAH
masih membuka pintu taubatnya kepada hambanya.kerana apa??kerana sebagai
insan bia...
para wanita sekalian
-
ramai yang memakai tudung tetapi adakah tudung yang dipakai lulus dari segi
syariat ataupun memakai tudung sekadar memenuhi syarat. Allah swt tidak
pernah ...
BerSUCI
-
*Erti suci*
Bersuci pada bahasa ialah bersih dan terhindar daripada segala kekotoran
sama ada dalam bentuk hissiah iaitu yang boleh dirasa seperti najis ...
Program Cuti Sekolah
-
Assalamualaikum wbt.
2 Program (sebagaimana dalam poster di atas bakal dijalankan pada musim
cuti ini.
Syabas al-Duffi ucapkan kepada Pusat Tahfiz G...
Pesanan Rasulullah saw. buat para pemuda Islam
-
Pembinaan dakwah Rasulullah s.a.w terhadap pemuda dan menyediakan diri
mereka untuk
mengharungi kehidupan.
Kepada kamu wahai pemuda-, saya kemukakan bebera...
"Don't judge the book by it's cover?"
-
"Kenapa kau tak pakai tudung, Esah? Kan dalam Islam, semua perempuan Islam
wajib memakai tudung?," tanya Soon Hin.
"Eh, aku nie luaran je nampak tak pakai...
4 Basah, 2 Kering
-
Salam Sang Pejuang,
Seronok, gembira, bertuah dan beruntung. Kenapa? Ini antara perasaan saya
sepanjang berada di Shah Alam (Bandar majoriti orang Melayu) ...
Persahabatan
-
Apabila kau ingin berteman
Janganlah kerana kelebihannya
Kerana mungkin dengan satu kelemahan
Kau mungkin akan menjauhinya
Andai kau ingin berteman
Janganla...
Wahai manusia, setelah kehidupan yang pendek ini. Kamu akan menjalani kehidupan yang abadi. Bila kamu memahami rahasia tugasmu dalam kehidupan ini dan mengikhlaskan amal untuk Tuhanmu, ada kenikmatan yang menanti.
Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta,tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasaan dan keindahan dunia.Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya
-Assyahid Hasan al-Banna-
Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. Dan dia hendaklah memperelokkan setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan dengan lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia yang lain.
Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.
-Saidina Ali bin Abi Talib-
Orang akan tetap menjadi ahli ilmu yang sejati selama dia masih menuntut. Tetapi apabila pada suatu ketika dia berkata "Aku sudah pintar", maka sesungguhnya dia sudah menjadi bodoh dengan sendirinya. -Luqman Hakim-