Teringat pada suatu hadis Rasulullah s.a.w berkenaan dengan 7 golongan yang akan mendapat naungan di akhirat kelak. Moga-moga ukhuwah yang terbina bersama senior-senior dan sahabat-sahabat sekalian menjadikan kita salah satu daripada golongan tersebut.
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda:
"Tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya: Imam yang adil; pemuda yang membesar dengan beribadat kepada Allah; insan yang hatinya terpaut dengan masjid; dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah; insan yang diajak (digoda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik lalu ia berkata: 'Sesungguhnya aku takutkan Allah'; insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya; insan mengingati Allah secara bersunyian lalu berlinangan air mata."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

***Khas buat senior-senior yang dh kuar & yang akan kuar (Abg Nasrul) (Lagu Tema)
Bingkisan Rindu
Far East
Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa
Sudah bertahun lama
Kita tidak lagi bersua
Hanya tinggal kenangan
Yang tak mungkin kita lupa
Kirimkan khabar selalu
Seiringan hembusan bayu
Sekadar pengubat rasa rindu dikalbu
Pantas masa berlalu
Meninggalkan kita semua
Tanpa disedari bertambahlah usia kita
Potret lama masih kusimpan
Kubingkaikan kenangan
Hingga terkadangku
Tersenyum sendirian
Oh perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapanku kau kan bahagia selalu
Padaku engkau penghibur duka
Pengubat hati resah kecewa
Dikala malamku kau bawa cahaya
Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa
Perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapan ku kau kan bahagia selalu
Sematkanlah bingkisan rindu dikalbu
0 comments:
Post a Comment