Salam ziarah buat semua sahabat-sahabat seperjuangan. Moga-moga dengan sedikit perkongsian ini, akan mengeratkan lagi ukhuwah kita. InsyaALLAH.Jiwa umat Islam tidak harus kecewa menyaksikan kekalahan. Biarkan kekalahan menjadi penggerak perjuangan, bukan kemenangan yang kita hendak, tapi kebenaran yang kita tuntut.

Thursday, August 13, 2009

Allah Mengasihi Orang Yang Mengasihi Saudaranya...

Tiap-tiap minggu mesti ada jer kelas yang batal. Ada yg batal seminggu, ada yg batal dh 6 minggu..huhu...almaklumlah,sejak blajo kat Pekan ni...mcm2 mslh ade...yang tu x siap lagi,yang ni x siap lg...last-last, PSM pun x siap-siap....huh

kebetulan ari ni kelas batal plok...bulehlh update blog...dh lame dh x update blog ni...nk kate sibuk, x sibuk...tp suke menyibukkan diri...teruk2...

waktu cuti baru ni (H1N1 lh), sempat saya dan rakan-rakan pergi ke Kelantan(H1N1 pun buleh g jalan-jalan ke) ..menziarah sahabat-sahabat, adik-adik usrah(Bazli dan Hafiz), survey barang-barang kt Rantau Panjang dan yang paling wajib bile g Klate, gi Jaffar Rawas...nk kongsi sedikit cter dr buku yg dipinjam secara paksa dr Rasyied...hehe.. (Kisah-kisah daripada Rasulullah drp Allahyarham Dato' Ishak Baharom)

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di dalam sebuah kampung. Allah SWT memerintahkan malaikat supaya menunggunya di jalanan. Apabila lelaki itu sampai kepada malaikat itu, dia ditanya,
"Kamu hendak ke mana?"

Lelaki itu menjawab, "Aku ingin menziarahi saudaraku di kampung ini."

Malaikat itu bertanya lagi, "Adakah antara kamu dengannya berupa nikmat yang mengeratkan perhubungan kamu?'

Dia menjawab, "Tidak! Aku hanya kasihkan dia kerana Allah semata-mata."

Malaikat itu berkata lagi, "Sesungguhnya aku adalah utusan Allah SWT kepda kamu, untuk memberitahu kamu bahawa Allah SWT sangat kasihkan kamu sebagaimana kamu kasihkan saudaramu."

Sahih Muslim:4056;Musnad Ahmad:9579


Pengajaran.
1. Ziarah-menziarahlah sesama Islam kerana Allah.

2."doa seorang sahabat yang ikhlas kerana Allah pasti mendatangkan ganjaran pahala yang besar"

p/s ;kepada Rasyied, best jeput ari tu...haha




0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails