Salam ziarah buat semua sahabat-sahabat seperjuangan. Moga-moga dengan sedikit perkongsian ini, akan mengeratkan lagi ukhuwah kita. InsyaALLAH.Jiwa umat Islam tidak harus kecewa menyaksikan kekalahan. Biarkan kekalahan menjadi penggerak perjuangan, bukan kemenangan yang kita hendak, tapi kebenaran yang kita tuntut.

Sunday, September 20, 2009

Raya datang lagi

Setelah sebulan berpuasa bersamaan 29 hari, akhirnya umat Islam telah dikurniakan dengan satu nikmat, iaitu nikmat Hari Raya. Umat Islam saling bermaaf-maafan, peti inbox akan mulai penuh, rumah akan dikunjungi sanak-saudara & sahabat handai, bermacam kuih ade, lemang dan pelbagai lagi. Tapi, ingatlah semuanya adalah kurniaan Allah kepada hambaNya setelah sebulan mengharungi madrasah Ramadhan.

Kini Ramadhan telah meninggalkan kita. Moga-moga ibadah yang kita lakukan pada bulan itu, kita akan terus berterusan lakukannya pada bulan-bulan yang lain (jgn solat Terawih dahlh yer...hehe). Insyaallah.

Di kesempatan ini, ana dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf atas segala kesalahan yang telah dilakukan samada sengaja @ x sengaja (ade jgk ke sengaja???ish3). Jemputlah datang kat umah ana. Umah terbuka tiap-tiap ari, insyaallah.

Sedarkah kita? Ramadhan yang penuh barakah di dalamnya telah meninggalkan kita..Berimankah kita? Bahawa sesungguhnya orang yang beriman menangisi pemergian Ramadhan...Pastikah kita? Bahawa kita akan berjumpa dengan Ramadhan lagi? Namun apa yang pasti, Ramadhan berlalu kini. Jadi, bergembirakah kita di atas kemenangan diri kerana Ramadhan yang kurang sempurna itu...bermuhasabahlah wahai diri..


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

KULLU 'AM WA ANTUM BIKHAIR




0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails