Salam ziarah buat semua sahabat-sahabat seperjuangan. Moga-moga dengan sedikit perkongsian ini, akan mengeratkan lagi ukhuwah kita. InsyaALLAH.Jiwa umat Islam tidak harus kecewa menyaksikan kekalahan. Biarkan kekalahan menjadi penggerak perjuangan, bukan kemenangan yang kita hendak, tapi kebenaran yang kita tuntut.

Friday, December 11, 2009

Satu...dua...tiga...infiniti


Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNya, kita masih diberi peluang untuk hidup di atas muka bumiNya. Pelbagai nikmat Allah berikan kepada kita, namun sejauh manakah kita mensyukuri nikmat yang diberikan. Pesanan untuk diri-sendiri terutamanya. Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita selalu.

Kita diberikan penglihatan oleh Allah, tapi bagaimana kita gunakannya??? Kita diberi mulut oleh Allah, bagaimana kita gunakan???Tangan kita???Kaki kita???Akal kita??? Kesihatan kita???Nyawa kita??? Wahh!!!Begitu banyak nikmat yang Allah bagi sehingga tak terhitung oleh tangan kita.

Firman Allah s.w.t dalam Surah Ibrahim ayat 34 yang bermaksud.


Yang bermaksud: Dan Dia (Allah) mengurniakan kamu segala yang kamu minta dan sekiranya kamu (cuba) menghitung nikmat Allah nescaya kamu tidak akan mampu mengiranya. Sesungguhnya manusia itu benar-benar zalim dan mengingkari (nikmatku).

Di antara nikmat yang sering diabaikan manusia adalah kesihatan, sama ada kesihatan fizikal ataupun mental dan juga kelapangan masa. Kesihatan adalah nikmat yang membolehkan kita keluar bekerja, belajar dan beribadah. Tanpanya, kita mungkin hilang keupayaan mencari rezeki untuk menampung diri dan keluarga.
Rasulullah s.a.w. berpesan di dalam hadithnya,

Yang bermaksud: Dua nikmat yang tidak disedari oleh kebanyakan manusia, kesihatan dan kelapangan masa. (Riwayat al-Bukhari)

Sahabat-sahabat sekalian!
Di antara waktu-waktu yang kita miliki, ada waktu lapang, waktu senggang, atau waktu yang kosong dari kesibukan. Dan waktu luang ini merupakan kenikmatan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala yang mesti digunakan sebaik-baiknya sebagai tanda syukur kepada-Nya. Namun kenyataannya, kebanyakan dari kita lalai akan nikmat ini sehingga kita pun rugi. Barangkali kita semua menyedari bahawa waktu hidup kita di dunia memang hanya sebentar, tidak ada yang hidup kekal. Namun entah mengapa kita tidak boleh menjaga waktu dengan baik sehingga waktu berlalu sia-sia tanpa diisi dengan amal kebaikan. Mungkin kita tidak sedar yang masa lapang itu juga adalah nikmat.

Kini, mahasiswa/i diberikan masa lapang yang cukup banyak. Setelah 4 bulan menghabiskan masa di universiti, kita diberikan masa rehat yang panjang. Masa yang cukup untuk bersama keluarga, merangka perancangan untuk sem depan dan pelbagai kerja yg spatutnya kita lakukan sebagai mahasiswa khususnya sebagai seorang dae’i. Janganlah kita gunakan masa yang ada untuk tidur sahaja, main game dan makan daging (istilah glamer).

Rasulullah saw bersabda,“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara; tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya".
(Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita berusaha untuk menghabiskan masa kita dengan sebaik-baiknya. As-syahid Imam Hasan al-Banna menegaskan bahawa “Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada.” Peringatan buat diri. Wallahu’alam

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails