Salam ziarah buat semua sahabat-sahabat seperjuangan. Moga-moga dengan sedikit perkongsian ini, akan mengeratkan lagi ukhuwah kita. InsyaALLAH.Jiwa umat Islam tidak harus kecewa menyaksikan kekalahan. Biarkan kekalahan menjadi penggerak perjuangan, bukan kemenangan yang kita hendak, tapi kebenaran yang kita tuntut.

Thursday, June 18, 2009

Da'ie dan Ilmu

Seorang da’ie harus memahami bahawa jalan dakwah tidak pernah sunyi daripada ujian dan dugaan. Al-Quran telah berulang-ulang kali memberikan peringatan dan perangsang;

“Maka bersabarlah kamu seperti orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul- rasul telah bersabar dan janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi mereka...”
(Al-Ahqaf: 35)

“Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).”
(Luqman: 17)


Seorang da’ie itu harus mempunyai ketabahan hati agar mampu berhadapan dengan bermacam dugaan dan cubaan. Tambahan lagi, dugaan dan cubaan itu datangnya daripada sumber yang pelbagai.

Sumber kekuatan untuk berhadapan dengan segala macam dugaan dan cabaran tidak lain dan tidak bukan adalah daripada Allah S.W.T. Oleh sebab itu seorang da’ie perlu berusaha membina hubungan yang baik dengan Allah S.W.T.

“Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat). Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai satu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. Dan katakanlah: ‘Ya Yuhanku, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong.’'
(Al-Israa’: 78-80)

Bagaimana ya nak membina hubungan???

Dalam kita hendak membina hubungan yang mantap dengan pencipta kita, Allah s.w.t, kita seharusnya melengkapkan diri dengan ilmu. Sebenarnya banyak cara untuk membina hubungan dengan Allah s.w.t. Namun, saya ingin mengambil point ilmu. Ilmu adalah milik Allah. Bilamana kita melengkapkan diri kita dengannya, nescaya kita dapat mengenal Allah dan seterusnya mendekatkan diri denganNya. Kelemahan para da’ie adalah kerana kurangnya ilmu. Ini membuatkan da’ie mudah berputus asa dan tewas di pertengahan jalan. Jalan dakwah merupakan jalan yang cukup-cukup berduri. Yang hebat terus mampu bertahan, yang lemah akan tewas. Dalam menjalankan dakwah, seorang da’ie perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu.

Seorang ustaz pernah meluahkan kata-kata beliau kepada saya. Beliau mengatakan, da’ie kini lebih berminat dengan ilmu haraki, tetapi bila ada kelas @ kuliah berkaitan ilmu fiqh, tidak ramai yang berminat. Hakikatnya, ilmu fiqh merupakan suatu yang cukup-cukup penting pada masa kini dan tidak boleh diabaikan. Da’ie kini terlalu menumpukan kepada ilmu haraki semata-mata, namun pada masa yang sama mengabaikan ilmu-ilmu lain termasuk ilmu-ilmu asas yang perlu dan wajib difahami seorang Islam. Sekiranya ditanya mengenai rukun Solat, ada da’ie yang tidak mampu menjawabnya, tetapi bila ditanya berkaitan arkanul baiah (Rukun Baiah),mampu pula dijawabnya. Perkara ini benar-benar berlaku dan bukan rekaan semata-mata. Memang betul rukun baiah itu penting tetapi rukun Solat lagi penting. Tidak sempurna rukun solat, maka tidak sahlah solat kita.

Sabda Rasulullah s.a.w

“Sesungguhnya perkara pertama yang akan di hisab bagi seseorang hamba di hari kiamat dari amal-amalnya ialah solatnya, jika solatnya baik maka dia termasuk dalam orang yang bahagia lagi beruntung dan jika solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung...”
(H.R Abu Hurairah)


Ayuh sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, marilah kita lengkapkan diri dengan ilmu. Adik-adik baru bakal masuk tidak lama lagi. Mantapkan persediaan kita. Tunjukkan kepada adik-adik, kita sudah bersedia menerima mereka. Yang sudah tamat belajar,INGAT!!! jalan dakwah di luar tidak semudah di dalam kampus. Kita rasa jalan dakwah di kampus sudah amat mencabar, namun di luar sana jalannya adalah berkali-kali ganda mencabar.Wallahu’alam.

Khubaib bin Adi ra. berkata ketika disiksa oleh musuhnya, “Aku tidak peduli, asalkan aku terbunuh dalam keadaan Islam. Dimana saja aku dibunuh, aku akan kembali kepada Allah. Kuserahkan kepada Allah bila saja Ia berkehendak. Setiap potongan tubuhku akan diberkatinya”.

1 comments:

Anonymous said...

salam...ana mmminati blog anta...menjd panduan ana dlm mnjd daie yang unggul..dh lme ana cr blog cmni..syukran katsir alaik..Jazzakallah..syukran.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails