Salam ziarah buat semua sahabat-sahabat seperjuangan. Moga-moga dengan sedikit perkongsian ini, akan mengeratkan lagi ukhuwah kita. InsyaALLAH.Jiwa umat Islam tidak harus kecewa menyaksikan kekalahan. Biarkan kekalahan menjadi penggerak perjuangan, bukan kemenangan yang kita hendak, tapi kebenaran yang kita tuntut.

Sunday, April 18, 2010

Peribadi Da'i Penentu Kejayaan Dakwah


Individu merupakan komponen terkecil dalam susunan masyarakat. Individu memegang peranan penting dalam menentukan perjalanan dan bentuk masyarakat itu sendiri. Oleh kerana itu, yang menjadi tonggak gerakan kita adalah individu, kemudian keluarga dan akhirnya masyarakat. Maka perbaikilah diri kita terlebih dahulu di samping menyeru orang lain ke jalan kebenaran. Peribadi-peribadi mukmin yang sebenar akan membuka banyak peluang berjayanya seruan dakwah. Maka pembentukan peribadi Islam (takwin asy-syakhshiyah al-islamiyyah) merupakan aspek yang cukup penting.

Seorang da’i perlulah melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan teknik-teknik yang akan membantu untuk menjayakan dakwah fardiyyah. Dakwah fardiyyah (dakwah secara individu) memerlukan persediaan yang mantap dalam diri setiap da’i. Seorang da’i yang lemah dalam berinteraksi akan menyebabkan dakwahnya agak susah untuk berjaya. Kejayaan dalam dakwah bergantung pada usaha dan tawakkal kita kepada Allah s.w.t. Dakwah yang sambil lewa tidak mampu untuk menarik manusia yang berada dalam kehinaan menuju kemuliaan di bawah naungan cahaya Islam.

Tugas kita sebagai da’I adalah untuk memperbetulkan pendapat umum yang salah terhadap Islam. Sekiranya individu berubah menjadi baik, maka masyarakat pun akan menjadi baik, dan dengan sendirinya Islam akan tertegak. Cara bertutur dan penampilan seorang da’I akan menarik perhatian orang yang mendengar dan melihatnya, kerana pada dasarnya jiwa manusia cenderung dan tertarik dengan penampilan yg indah dan baik. Dari sini, kita dapat lihat bahawa individu-individu yang dipilih untuk dimasukkan dalam pasaran dakwah adalah orang yang berkualiti dan baik penampilannya.

Imam Hasan al-Banna pernah ditanya , “Kenapa anda tidak menyusun buku?” Beliau menjawab, “Tugas saya bukanlah untuk menyusun buku, kerana buku biasanya diletakkan di perpustakaan dan sedikit orang yang membacanya. Lain halnya seorang muslim, ia adalah ‘buku yang sentiasa terbuka’ kemana pun ia berjalan, itu adalah dakwah.” Betapa banyak da’i yg tidak pndai berbicara, tetapi dengan rahmat Allah banyak mad’u yang berdiri di sampingnya disebabkan oleh getaran jiwa, pantulan wajah, kelembutan perasaan, keimanan mendalam (al-iman al-amiq) serta pemahaman yang mantap dan syamil (al-fahmu ad-daqiq) yang dimiliki da’i.
Wallahu’alam

Dipetik dari buku Bagaimana Menyentuh Hati (Abbas As-Siisiy)

2 comments:

jundi kecil di celahan umat said...

salam...
"Tugas kita sebagai da’I adalah untuk memperbetulkan pendapat umum yang salah terhadap Islam. Sekiranya individu berubah menjadi baik, maka masyarakat pun akan menjadi baik, dan dengan sendirinya Islam akan tertegak. Cara bertutur dan penampilan seorang da’I akan menarik perhatian orang yang mendengar dan melihatnya, kerana pada dasarnya jiwa manusia cenderung dan tertarik dengan penampilan yg indah dan baik".
betul ape yg dikatakan di atas tu.tugas seorang daie bukannya mudah dan tidak ditaburi dgn kesenangan.perkara pertama yg harus diperbetulkan seorang daie itu ialah peribadinya.jika baik peribadinya insyallah akan mudahlah org yg mahu didakwahi atau ditarbiah itu turut thiqah dan mahu berubah.tetapi, bagaimana kalau seorang daie itu masih punya karat2 jahiliah dlm hidupnya.masa lapang dihabiskan dgn bende2 yg kurang berfaedah atau x berfaedah langsung!cth tgk muvie,melepak2,baca komik,main game(sebok bela kambing kat fb).adakah itu dikatakan peibadi seorang daie???bagaimana mahu didakwahi org yg lg berkarat-karat jahiliyah dlm hidupnya kalau seorang daie itu pun amat payah mahu tgglkan 'kekaratan'yg sekecil itu.terlalu berlembut dengan nafsu sehingga xkuat untuk bermujahadah melawannya.masih lg hidup dlm dunia angan-angan.dakwah bukan utk mereka yg suke bersenang lenang,yang suke buang masa.bila sudah ditarbiyah harusnya seorang itu rasa terkesan dlm hatinya.org yg berdakwah itu selalu diperhatikan akhlaknya,ape yg die perbuat pd waktu senggang nya.mahu jadi pendakwah sejati,harus miliki peribadi suci,agar org lain boleh contohi,walau xbyk sikit pun jadi.tiap muslim itu bersaudara dan saling menasihati.bak kate seseorang hamba Allah lebih kurang macam ni bunyiknye:"org beriman dirasakan membuat dosa seperti batu menghempuk kepala,tetapi org kafir merasakn berbuat dose seperti nyamuk hinggap di atas batang hidung.btw,post diatas mmg menarik.mmg pentingnya perbadi seorang daie.
moge berguna buat diri dan umat!!!
afwan kathir,bukan nak 'point' pd sesape.sedikit teguran utk pembaikan buat diri ni dan org lain.
wallahu a'lam..

mujahid_islam said...

salam...syukran yer atas teguran =)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails